Moist Choc Cupcake dengan Strawberry

Kesian kat Abang...katanya pada aku asyik2 buat cupcake untuk org lain jer. Untuk dia xder ker?..Alahaii....Jeng-jeng akhirnya aku buat surprise untuk dia. Haa terkejut dia..He..he..Tapi sampai hari ni tak makan-makan lagi. Sayang katanya..Macam-macamla suamiku ini.


Cuppies buat Ibu mengidam lagi

Ini kali kedua aku buat cuppies untuk ibu yang mengidam..Hish..Yang ni aku letak priority atas sekali la..Walau apapun akan ku cuba buat jgk. He..he..he..Bukan apa takut meleleh air liur baby tu nanti. Best kan pengalaman mengidam ni. Adda member lama masa di Kerteh dulu ada tanya last week xder extra cuppies ker sebab dia nak sikit ajer. Design, flavour dia dah tak kisah asal dapat rasa cupcakes tu dah katanya. Memang rezeki Adda dan baby kat dalam tu kebetulan memang ada pun extra cuppies untuk minggu tu...


Cupcake Tema Hijau Pucuk Pisang untuk Hantaran

Hijau pucuk pisang dengan putih tema colour cupcake yang diminta oleh Irma untuk hantaran pertunangan adik iparnya sebanyak 16 pcs dan balance lagi 12 pcs untuk makan-makan.




Cupcake untuk hantaran



Cupcake untuk makan-makan

Last minute order

Shafina dari KL hantar SMS nak order 50 cuppies n 50 pcs apam utk keesokkannya..Dia nak balik ke Trg esok. Alamak, sempat ke aku buat..Apam untuk jualan esok kena buat double pulak tu sb ada tambahan order.Tapi bila ayat last tu tolong yer..aku terus cair..pulak tu untuk diberi pada anak-anak sedara kat asrama anak-anak yatim..Hmm..mmg rezeki dia orang la ni..Last-last minute jugak Shafina cancel order apam tu nak cuppies ajer.. Alahai customer ku sorang ni...Tapi walau apa pun terima kasih bebanyak sudi order dari D'Nanies...Malangnya..aku pun tak sempat nak snap gambar cuppies tu dek kalut sgt.

Cupcakes & Walnut Brownies For Nadirah's Wedding

Nadirah, anak bos tempat ku bekerja merangkap bosku jugakla dah selamat melangsungkan majlis perkahwinannya pada 25 Jan 2009 yang lalu. Dia menempah Walnut brownies sebagai hantaran dari pihak lelaki, cupcake untuk hantaran dari pihak perempuan dan jugak cupcakes untuk diletakkan di meja kek.. Semua design adalah dari pengantin sendiri dan aku ada jugak tokok tambah sikit.. Selamat Pengantin Baru Nadirah & Hadi....



Walnut Brownies untuk hantaran dari pihak lelaki




Cupcakes untuk diletak di atas meja kek






Cupcake untuk hantaran dari pihak perempuan


Jom layan gambar semasa majlis dia. Meriah gitu...


Inilah pengantin baru Hadi & Nadirah


Kedua mempelai sedang memotong kek


Singgahsana Raja Sehari


Pengantin perempuan anggun bergaya di hari bahagianya


Sedang makan beradap sambil diapit ayahanda dan bonda


Jemput makan..Jangan malu-malu..


Udang panjat nenas


Tak tahu nama apa..Udang cucuk-cucuk la


Ayam golek


Ikan bawal masam manis

Kesemua hidangan pengantin ini disediakan oleh Hj Ismail dan isterinya Kak Ani. Nampak menarik kan rasanya pun wallaaa...Sesiapa yang berminat bolehlah hubungi Hj Ismail di no 013-979 2351

PENGUMUMAN - Tiada tempahan sehingga 30 Jan 2009

Salam semua...

Untuk makluman semua, D'Nanies tidak akan menerima sebarang tempahan lagi sehingga 30 Jan 2009 ini kerana sudah penuh. Harap maaf.

Terima kasih diucapkan kepada semua yang telah banyak memberi sokongan.

Chinese New Year Cupcakes

Chinese New Year is coming soon.....Kak Zam awal-awal lagi dah order nak cupcake untuk kawannya. Tapi sayang warna merah tak begitu menyerlah laa... Hope you like it Kak Zam.




Kek Lapis Prune

Kek Lapis Prune ini di order oleh Shima dari Paka untuk hantaran perkahwinannya tak lama lagi.
Semoga selamat sampai kek lapis ni. Huu..huu..First time kek ku dihantar melalui courier service ni..Apa-apa pun Selamat Pengantin Baru buat Shima dan pasangan. Semoga bahagia ke akhir hayat. Sorry tak dapat nak pergi majlis perkahwinanmu nanti..

Rezeki Pilihanraya

Alhamdulillah..musim pilihanraya yg rata-rata ramai dah tahu keputusannya membawa rezeki pada D'Nanies jugak. Tempahan apam untuk makan-makan di hari pengundian di markas parti xxxx..


Apam

Apam dipacking kecik-kecik utk diberi pada budak-budak di taska.
Sesiapa yg beminat boleh la order :-) Sesuai jugak dijadikan sebagai doorgift.

50 pcs = RM14.00






Anda mungkin meminati ini juga