Birthday Cuppies untuk Bonda tersayang

Order ni datang dari Zira nun jauh di JB khas untuk birthday bondanya..Bertuahnya dapat anak yg baik mcm Zira ni kan. Sejuk perut mak mengandungkannya. Zira request choc cuppies with colourful design..Hanya ini aje yang dpt akak buat dik. Harap you like it. Cuppies kali ni jugak diorder oleh Sue, offismateku.

Dan rasanya ini adalah order terakhir yang ku terima sebelum bercuti panjang.. Keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan..Doktor telah menasihatkan agar banyakkan berehat setelah macam-macam yg ku lalui sepanjang pregnant anak no 2 ni..Sesungguhnya pengalaman mengandung kali ke 2 ni memang amat mencabar..

Kepada semua yang berminat untuk order dalam masa terdekat ni, harap maaf. Insyaallah D'Nanies akan kembali beroperasi semula bulan Ogos 2009 nanti. Doakan kesejahteraanku dan baby nanti...


Choc cuppies for Zira







Mix design cuppies untuk Sue

CMC, Kek Marble dan Kek Gula Hangus

Kek Moist Choc kali ni diorder oleh Alia. Just utk makan-makan ajer katanya.. Kek Marble perisa pandan dan orange seta kek gula hangus pulak diorder oleh Kak Liza dari Kemaman. Fuh..skali lg kek ku kena deliver by courier service...Mintak2 la selamat sampai hendaknya..


Moist Choc Cake..ditabur dengan badam-badam untuk Alia


Kek Marble Perasa pandan & orange dan Kek Gula Hangus untuk Kak Liza


Choc Moist Cake untuk makan-makan kat rumah...Hubby puji katanya kek kali ni lebih sedap dari biasa..Hee..he..bukan senang nak dapat pujian mcm ni sb dia lah pengkritik no 1 aku..

Anda mungkin meminati ini juga