Order Menjelang Aidiladha

Kepada mereka yg terpaksa aku tolak ordernya sebelum raya haji hari tu mintak maaf banyak-banyak. Kebanyakannya adalah order last minute dan aku memang tak sempat kalau last minute gtu. Selain dari menyiapkan order yg sedia ada aku sebenarnya sibuk membuat persiapan untuk kenduri akikah anak-anakku bersama anak saudaraku dan jugak sepupuku pada hari raya haji yg lalu. Order kat bawah ni dari Hanin tuan punya blog http://amaninacollection.blogspot.com . Hanin order oreo cheesecake, brownies, apam dan jugak cupcake sempena hari lahirnya. Tq Hanin.. Selain tu, Norzie dari UMT order cupcake dan jugak apam. Apam untuk Norzie ni masih panas-panas lagi masa deliver kat dia hari tu. Sesuai sangat makan time hujan-hujan ni kan..


Brownies


Oreo Cheesecake
Otak tgh blurr..Takder idea langsung nak deco masa ni..


Apam
Hubby Hanin suka..kata dia la.


Cupcake
Hanin kata cupcake sedap tapi lukisan aku kelakar la..He..he..
Nampaknya tangan kerasku ni kena banyak praktis lagi. Tq Hanin for your comment..




Cupcake ni dah lama Norzie order tp sebab dah dekat raya dia request tambah tulis sikit untuk raya.


Apam...still hot product D'Nanies..

Projek Mega - Doorgift Kahwin

Ini adalah kali pertama aku menerima tempahan dalam kuantiti yg begitu banyak. Bagi part timer bakers bagi aku ini, tempahan sebegini mmg banyak dan amat memenatkan tapi berbaloi. Hee..hee.. Terima kasih buat Wieda yg memperkenalkan D'Nanies kepada ibu saudaranya iaitu Che Sue. Che Sue order 500 box lapis slice dan 1500 biji apam utk dimuatkan dalam 500 box butterfly untuk majlis perkahwinan anaknya yg diadakan di Dewan Sri Budi semalam. Birasku, Kak Ida juga menempah muffin sebanyak 200 box untuk majlis perkahwinan adiknya. Kak Ida ni tokey pelbagai jenis kerepek. Kerepek dia banyak dipasarkan di Mydin, Nirwana dan juga Sabasun. Apa-apa pun terima kasih jugak buat adik-adikku Iwan dan Atie yg sanggup pulang untuk membantu dan paling penting sekali sudah tentu buat tulang belakang ku iaitu suamiku. Terima kasih abang. TERIMA KASIH semua...

Projek 1 - Muffin Doorgift Kak Ida

Muffin perasa oren.


Perhatian. Ini bukan buruh kanak-kanak yer tapi putera sulungku. Rajin sungguh membantu ummi dia menyusun muffin dalam bekas walaupun pada masa tu dah jam 4 pagi. Tapi macam biasa lah kalau dia yg tolong jawabnya 4-5 biji muffin ku pun hilang ditelannya.


Muffin dah siap cover


Muffin perasa oren


Muffin perasa coklat


2 box muffin ready diambil.

Projek 2 - Lapis Slice Dan Apam Doorgift Che Su Wieda


Lapis Slice


Riben color biru nak sesuaikan ngan tema pengantin.


Perisa kek lapis ni campur-campur.


4 box kesemuanya untuk 500 box lapis slice ni.


Apam dalam kotak butterfly




Dah siap packing masuk kotak


Ada 7 box kesemuanya dah ready nak kena ambil. 4 box lapis slice dan 3 box apam.
Baru perasan gambar apam tak banyak yg disnap sebab semua org tgh busy mengira apam yg dah siap takut tersilap kira..He..he..he..

TERIMA KASIH SEMUA..


Ok..yg ni pulak lain citer. Nak interfrem skit bakul buah untuk hantaran yg adik aku sruh buatkan untuk adik iparnya..Agak-agaknya lepas ni boleh tak ambik tempahan?? Hee..hee..










Apam dan Tart telur lagi..

Apam 100 bj diorder oleh Kak Ida, ofismate. Kak Ida ni memang peminat setia apam D'Nanies ni. Tart telur ni pulak diorder oleh Zura dari Krim Network Sdn Bhd. Tq semua..




Order sepanjang minggu..

Alhamdulillah..order datang lagi. Jom layan gambar ajerla.. Kesihatan tak berapa mengizinkan untuk berceloteh panjang :).


Pembuka order. Sue dari UDM order apam. Untuk buat makan-makan budak katanya.


Apam lagi. Kali ni Kimah dari UMT order apam 100 biji. Insyaallah kalau ada rezki Kimah nak order utk doorgift kahwin dia pulak. Harap-harap jadi yer :)


Choc brownies. Ni order kedua dari Afiqah. Dulu order sebijik jer..Kali ni terus order 2 biji. Tq Fiqah.


Tart telur. Repeat order dari Kak Ja lagi. :)




Moist Choc Cake
Order dari Ida. Dekat jer ngan area rmh aku ni. Tq Ida.
Ni first time aku try buat rose. Amacam jadik tak? kena bnyk praktis lagi ni.
Husband aku cakap dah nampak rupa rose tu tapi buttercream lembik skit. Betul jgk kata dia.
Tak per lain kali cuba lagi..


Tart telur lagi, apam dan brownies

Terima kasih buat Kak Nor (KWSP) yg order apam. Sorry agak kelam kabut sikit pagi tu nyaris-nyaris Kak Nor tak jadi apam sebab dah lewat nak masuk kerja. He..he..Kak Nor ni pun regular customer apam. Tart telur ni pulak repeat order dari Na Bahri dan pertama kali dari Kak Ja. Dua-dua orang ni ofismate aku. Afikah pulak order brownies. Untuk makan-makan ngan family di Dungun katanya.







Muffin Price List

Muffin

Plain Muffin
( Sesuai untuk doorgift)
Flavour: Vanilla, Pandan, Orange, Strawberry, Choc.
Minimum Order : 1 box ~ 25 pcs
RM0.70/pc


Plain Muffin + Choc Chip (Sesuai untuk doorgift)
Flavour: Vanilla, Pandan, Orange, Strawberry, Choc.

Minimum Order : 1 box ~ 25 pcs
RM0.80/pc

Muffin with filling
(Sesuai untuk doorgift)
Flavour: Strawberry, Choc, Blueberry
Minimum Order : 1 box ~ 25 pcs
RM1.00/pc


Special Muffin

Minimum Order : 1 box ~ 25 pcs

RM1.20/pc


Choc Chip Almond Muffin
Banana Crumbs Muffin

Choco Cheese Muffin
etc.... Just tell me, i'll try to make it for you
Anda mungkin meminati ini juga