Birthday Cupcake - Najihah

Birthday Cupcake
Soufflecup M

Najihah order cupcake ni utk celebrate birthday husbandnya..Jihah request warna pink putih dan design sama mcm yg pernah aku buat sebelum ni.
Tq Jihah..


Cupcake Hantaran dan Apam - Zuha

Hantaran Cupcake
Papercup
Choc Flavour

Apam
50 pcs

Order dari Zuha untuk majlis pertunangannya. Tema pink dan putih so semuanya nak warna yg sama jgkla.. :) Tq..

Cupcake untuk hantaran dan makan-makan - Shidah


Hantaran Cupcake
Souffle cup
Choc Flavour

Budget Cupcake
Choc Flavour

Order dari Shidah Krinsworld..Cupcake hantaran utk adiknya dan budget cupcake untuk anak-anaknya. Sidah request mix design. Ada kartun..ada love..ada bunga-bunga..Tq Shidah..

Krim Puff dan Apam

Krim Puff
60 pcs

Order dari Che Sue, Sabasun untuk jamuan makan pagi katanya.

Memperkenalkan produk baru D'Nanies..KRIM PUFF berintikan kastad yg sedappp..
Sebenarnya krim puff ni dah lama aku buat untuk jualan harian dan dihantar jugak ke Sabasun Hyperruncit cuma belum sempat diperkenalkan dalam blog ni jer. Juga antara kuih jualan harian D'Nanies yg paling laris..

Apam
100 pcs

Order dari NaBahri salah seorang peminat setia apam D'Nanies. Tq Na..

Kek Birthday Upin & Ipin Anakku

Bulan May adalah bulan celebrate birthday 2 org anak kesayanganku itu. Alhamdulillah diaorang berkongsi birthday di bulan yg sama so save la sikit budget kan..Putera dan puteri ku amat meminati watak kartun Upin & Ipin. Pantang tgk mana-mana kelibat kartun tu terus jerit Upin..Upin jer la..Ipin x sebut pon..Kesian Ipin... Kalau umie dia org ni sedang sibuk kat dapur, aku pasang jer cd cerita upin ipin ni terus khusyuk 2 beradik ni duk mengadap tv tu..He..he..Helah aku tak mau dia org duk kacau aku ar ni.. So tahun ni bila ditanya tahun ni nak kek gambar apa terus jawab Upin..Adik? Adik kecik lagi..Xper la umi lukis Ipin jgk utk adik. Hee..hee..Nasib baik belum pandai request lg. Lepas ni habis la aku. He..hee...Aku sebenarnya kehabisan idea masa nak buat kek ni. Last-last jadi la mcm ni..Ada rupa Upin Ipin tak? Ke rupa toyol??? Kat tepi-tepi tu pulak nak ultraman dan hello kitty..Pun sama..Boleh lah...

Moist Choc Cake
+
20 pcs Moist Choc Cupcake


He..he...
Yg ni pulak doorgift untuk cikgu-cikgu dan kawan-kawan dia orang kat taska. Lupa nak ambik gambar isi dalam sebab kalut bersiap nak gi kejer. Kat dalam tu ada Fruit cupcake, moist choc cupcake, puding kecik-kecik, coklat dan permainan. Budget ciput ajer so ini ajer la yg blh bagi.

Moist Choc Cupcake + Strawberry


Moist Choc Cupcake + Strawberry

Zai dari Johor order special cupcake ni utk her niece yg menyambut birthdaynya hari ni. Zai request sekali ngan delivery to Kg Kubang Ikan, Chendering.

Tq Zai..

Moist Choc Cake + Strawberry untuk hantaran

Moist Choc Cake + Strawberry
2 biji

Order dari Mieza untuk dijadikan hantaran. Sebijik untuk pihak perempuan dan sebiji lagi untuk pihak lelaki. Tq Mieza..

Puding Biskut Koktail



Puding Biskut Koktail
11 x 11 inci

Order dari Wani untuk makan-makan sempena harijadinya.Wani request potong siap-siap.
Tq Wani..

Fruit Tart & Brownies with Strawberry

Walnut Choc Brownies + Strawberry
50 pcs

Fruit Tart
25 pcs

Order dari Maiza. Utk fruit tart ni Maiza request strawberry and kiwi..
Tq Maiza..



Fruit Tart
2 set of 50 pcs

Order dari Diana ofismate husband aku kat CMC tu untuk birthday party anaknya..Anak Diana sebaya ngan hero aku sorang tu. Birthday pon dekat-dekat. Diana request buah selain kiwi. Hee...Hee.. Apa-apa ajer la selagi aku boleh buat aku buatkan..

Fruit Tart
10 pcs

Yg ni order dari Yatie, ofismate husband aku jugak. Yatie tumpang sekaki sebab tu 10 pcs ajer. Time mcm ni leh ar order sikit camni kalau tak, tak dapat la yer...

Ni lah fruit tart untuk hari tu. Tq semua..

Teacher's Day - Abby

4 box kesemuanya

Salah satu dari box tu. Bertuah cikgu yg dapat ni..

Design yg sama untuk setiap box.

Set yg ni untuk makan sendiri katanya..

Budget Cupcake

4 box in cute cupcake box + ribbon

Order dari Abby utk dihadiahkan kepada cikgu-cikgu anaknya.

Teacher's Day - Ida


Set 1


Set 2

Budget Cupcake

Order dari Ida..Ermm..cikgu Ida rasanya..Apa-apapun tq so much..

Teacher's Day - Wanie UMT


Budget Cupcake with Cartoon Character
30 pcs

Wanie request nak design cartoon. Jenuh jugak nak pikir nak lukis catoon apa yer. Akhirnya jadila Elmo, Ninja Turtle dan Hello Kitty..Amacam? Ada rupa tak? Bolehla cik abang aku cakap..Nasib baik hero kecikku tak ada kat rumah time ni. Kalau tak mau ditelannya dulu cartoon ni.

Surprise Birthday Cuppies

Birthday Cupcake

Order dari Mimi, KL untuk buah hatinya yang tersayang. Mimi request sekali hantar ke rumah buah hatinya di Kuala Berang. Tapi sayang aku tak dapat jumpa sendiri ngan penerima cupcake istimewa ni sebabnya aku sesat tak jumpa rumah..Hee..he..Nasib baik Mimi dapat tolong mintak adik buah hatinya datang kat tempat aku tunggu tu. Kira surprise jugakla kan Mimi?


Barbie and Walt Disney Cars Cupcake & Blueberi Cheese Tart

Birthday Cupcake
+
Barbie & Walt Disney Cars Edible Image


Blueberry Cheese Tart
50pcs

Order dari Arafah sempena birthday anaknya..Tq..

Doorgift Cupcake - An Nur

Doorgift Cupcake
Choc Flavour
60 pcs

Order dari An Nur untuk majlis akikah adik sepupunya Wan Syaqila Najla.
Cantik namanya kan..

Cupcake - Nad


Cupcake
Souffle Cup M
Vanila Flavour

Nad order untuk makan-makan jer + nak rasa dulu sebelum order untuk kahwin nanti.
Tq Nad...

Mini Egg Tart - Shidah


Mini Egg Tart
100 pcs

Tq Shidah..
Anda mungkin meminati ini juga