Stacked Wedding Cake Dan Cupcake


Stacked Wedding Cake & Cupcake

Lagi entry tertunda. Order dari Naja untuk majlisnya bulan Syawal hari tu. Mulanya Naja order kek lain..Last-last minute tukar jadi kek mcm ni pulak..Alahai adik Naja ni. Tak mboh peningkan kepala pengantin aku terus setuju on the spot walaupun aku sendiri tak pernah buat kek macam ni. Terima kasih Naja sebab percayakan akak. Sebenarnya aku sendiri tak percaya dapat siapkan kek dan cupcake ini sebab time hari tu aku SAKIT GIGI!!! Urghhhhhhhh... telan ponstant berbiji-biji pon tak jadi apa-apa.Bayangkan sebiji cupcake yg ada 2 kuntum roses tu mahu 1 jam aku ambik masa siapkannya. Aduss.. Tuhan aje yg tahu keadaan aku masa tu dah yg tambah kesian lg tentulah husband aku. Dia kesian dan nak tolong tapi blh tlg tgk ajer la time tu. Walau apa pun aku akhirnya berjaya jugak siapkannya. Dah siap terus sms Naja bgtau aku nak gi klinik dulu sebab dah tak tahan sangat. Satu Kuala Terengganu ni aku round cari klinik gigi malam tu malangnya xder satu pon yg bukak sebab esok raya 6. Urghhhhh...tragisnya buat aku.. Hee..hee..Sorry yer dari citer pasal kek bertukar citer pasal sakit gigi pulak. :)


Cupcake Hantaran


Cupcake Hantaran

Jugak entry tertunda..Order dari Aini untuk majlis perkahwinannya 2 Oktober yg lalu. Selain itu Aini order jugak apam 300 pcs dan krim puff 60 pcs. Terima kasih yer..


Birthday Cake

Vanila Butter Cake

Order dari Kak Siti Haida, Ladang Rakyat Terengganu. Dulu Kak Haidar dah pernah order kek birthday untuk anak lelakinya dan order utk open house company. Dah lama sebenarnya order ni, baru perasan ada yg lum upload lg rupanya..


Order dari Zizie lagi

Kali ni Zizie order sempena birthday puteri kesayangannya pulak. Dulu untuk putera sulung. Kek ni nak celebrate kat sekolah join ngan sorang lagi kawan Putri. Macam biasa Zizie kalau order mesti banyak-banyak. Hee..hee..terima kasih banyak-banyak jugak Zizie.


Vanilla Cake

Krim Puff dan Apam

Fruit Tart Lagi..

Fruit Tart
25 pcs

Order dari Lyna lagi. Kali ni pesan siap-siap x nak anggur. He..he..iya lah. Tp nasib tak berapa baik jugak kebetulan hari tu strwberi pon xder jugak. Hhmm...

Moist Choc Kek

Moist Choc Kek

Order kali ni aku lupa nak tanya nama dia. Sori la sgt2. Dah la lupa nama..gambar pun blur semacam ajer..Dia request deliver kek ni pada kawan adiknya di UiTM Chendering. Nak buat surprise party celebrate birthday adiknya Afifah. He..he..yg ni aku tau nama dia sebab dah tanya siap2 kat member adik dia tu. Apa-apa pun tq bnyk2.

Choc Brownies dan Krim Puff

Choc Brownies dan Krim Puff

Gambar tak clear. Sorry yer. Order ni dari Fara, Johor untuk tunang dan adiknya di Terengganu. Fara sebelum ni dah biasa order semasa dia study di UDM. Tq Fara..

Tq jugak buat Aini yg order krim puff 60 pcs serta Kak Ida yg order apam 50 pcs dan krim puff 60 pcs

Order sempena Perasmian Sabasun 2

Krim Puff
400 pcs

Order dari pihak Sabasun sempena majlis perasmian Sabasun 2 pada 20hb Oktober lalu. Sorry gambar tak berapa clear.

Cupcake Hantaran Lagi..


Cupcake Hantaran
Tema Gold

Order dari Tie, Pulau Duyung. Tie order jgk Moist Choc Cake untuk kek hantaran tapi malangnya aku tak sempat nak ambik gambar kek tu. Buat Tie kalau ada lg gmbr tu email la kat akak yer. Dan jugak pd yg lain yg aku lum update lg entry dia org tu kalau ada gmbr leh ar email pd aku jgk. Sebabnya bnyk order lps raya ni yg aku tak sempat ambik gmbrnya.

Cupcake dan Fruit Tart Untuk Hantaran

Cupcake Hantaran
Tema Purple & Putih


Fruit Tart
25 pcs

Kesian..ari tu strawberi memang xder jual area K. Trg ni. Terpaksa ganti ngan buah lain. Bukan Akma ajer tapi Lyna jugak yg order 75 set fruit tart ni pada hari yg sama. Nak buat camner kan..


Birthday Cupcake

Birthday Cupcake
Choc Flavour

Order dari As sempena birtday kawannya. qRorO...unik sekali. Maybe ada maksud lain kot. Tak tanya la pulak aku..

Birthday Cake

Vanilla Butter Cake


Birthday Doorgift

Kat dalam ni ada apam, krim puff dan choc chip muffin serba satu
Order dari Zizie.

Birthday Cake

Vanila Marble Cake
Order dari Kak Siti Haida untuk birthday ke 12 anak lelakinya.

Birthday Cupcake

Golf theme cupcake
Order dari Zizie untuk birthday husbandnya.

Cupcake Hantaran Bulan Syawal

Set 1

Set 2

Order dari Farah, adik kepada Hakim ofismate lama aku kat Kerteh dulu. Jauh tu, dari Jambu Bongkok sanggup turun ke K Trg ni datang ambik. Caya la..
Tq..

Choc Brownies + Strawberry


Choc Brownies + Strawberry
Order dari Ita.
Satu set sebelum raya dan satu set lg lepas raya


Ultraman Cupcake for birthday doorgift


Ultraman Cupcake
Strawberry Cupcake + strawberry filling
30 pcs
Order ni datang dari Aini untuk majlis harijadi anaknya. Order ni memang betul-betul last minit sb Aini sms aku masa sahur dan pick lepas terawih malam tu. Nasib baik hari tu tak banyak order dan sempat la siap. Aini request gambar Ultraman. Dalam kepala aku patern ni jer la Ultraman yg aku tahu. Nak surf Internet mmg dah tak sempat. Nak dijadikan cerita bila birthday boy tgk gambar Ultraman ni terus menangis. Mengikut kata Aini, anaknya kata itu gambar Ultraman Ziraf. (EH..tul ke aku eja ni.Hentam ajer la) Ultraman ni lemah.Selalu kalah..Hmm..terpikir jgk aku Ultraman pon kalah jgk ker? Bukan ke dia Ultraman?? Hee..he..budak-budak..So moral of the story, nak buat kek pon kena study dulu tau. Jgn main hentam ajer... :)

Fruit Tart Sepanjang Ramadhan dan Syawal




FRUIT TART
Kak Ngoh Sabasun - 8 box
Che Sue Sabasun - 2 box
Kak Zie - 11 box
Lupa dah nama dia - 1 box
Mardiah - 3 box

Egg Tart Sepanjang Ramadhan dan Syawal

Egg Tart
Aini -30 pcs (medium)
Zizie - 50 pcs (mini)
Emy - 75 pcs (mini)
Mardiah - 29 pcs (medium)

Cheese Tart Sepanjang Ramadhan dan Syawal



Blueberry Cheese Tart
Kak Ros PPD - 50 pcs
Nadia - 100 pcs
Kak Siti Haida - 50 pcs
Salwa - 50 pcs
Kak Syud - 50 pcs

Strawberry Cheese Tart
Ezian - 300 pcs
Akma - 50 pcs
Kak Siti Haida - 50 pcs
Salwa - 50 pcs
Choc Cheese Tart
Nadia - 50 pcs
Zizie - 50 pcs
Mardiah - 50 pcs
**Mana-mana yg tertinggal especially order utk raya tu harap maaf yer**

Kek Marble Sepanjang Ramadhan dan Syawal


KEK MARBLE
Kawan Atie - 3 biji
Cikgu Sharifah - 6 biji
Kak Chik Nini -1 biji
Salmi OUM - 2 biji
Hajar - 2 biji



Order Kuih Muih Sepanjang Ramadhan


CREAM PUFF
Kak Ros PPD - 120 pcs
Salwa - 150 pcs
Kak Lynn PPD - 60 pcs
Dilla - 120 pcs
Shikin - 60 pcs
Azman - 250 pcs
Na - 30 pcs
Amir - 30 pcs
Che Sue Sabasun - 60 pcs
Kak Zie - 120 pcs
Zizie - 60 pcs
Aini - 60 pcs
Tokey Kedai Pok Leman - 100 pcs

Order Kuih Muih Sepanjang Ramadhan dan Syawal

Hmm dah lama sangat tak update sampai dah lupa dah gambar sape la yg order ni. Senang citer rangkum sekaligus la..He..he..hee...Jangan marah yer.


APAM

Salwa - 75 pcs
Dilla - 100 pcs
Azman - 250 pcs
Nana -50 pcs
Izyan - 300 pcs
Kak Rida - 100 pcs
Zizie - 50 pcs
Aini - 300 pcs
Kak Ros PPD - 50 pcs
Kak Syud - 50 pcs

KUIH BELIMBING

Kak Ros PPD - 100 pcs
Kak Lynn PPD - 50 pcs
Dilla - 100 pcs



Anda mungkin meminati ini juga