Krim Puff & Apam Dot Dot

 Krim Puff
100 pcs

Order dari Mardiah.

Apam Dot Dot
50 pcs

Lupa lg siapa la pemilik apam nie.


Birthday Cupcake

Birthday Cupcake

Order dari Kak Laila.. Tq..

Special Offer Untuk Esok Sahaja 30 Sept 2011

FRUIT TART
25 pcs per box
(Fresh strawberry, kiwi and peach)

3 2 NOW only 1Box AVAILABLE for tomorrow only
(Jumaat 30 September 2011)

1 box booked by Wani
 1 box booked by Dila

Buy 1 box - RM30
Buy 2 box - RM55 (Normal Price: RM60)
Buy 3 box - RM80 (Normal Price: RM90)

CEPAT!!
Berminat sila sms or call saya segera utk booking before 5 ptg hari ini.
Self pick up kat rumah saya yer. No delivery.




Walnut Choc Brownies

Walnut Choc Brownies

Lupa dah siapa ayng order ni. Apa-apapun tq..


Sendiri Punya...


 Blueberry Cake Topping with Fresh Cream

Deco simple jer sebab semua dah tak sabar nak ngapp..Blueberry kat atas ada cikit jer itu sebab nampak cinonet jer tapi topping fresh cream tu sengaja buat tebal giler sampai tutup semua papan kek tu Sedap tuu. Topping fresh cream ni tak muak tau ..rasa macam aiskrim jer. Husband aku separuh kek tu dia sorang jer yg ngap.Tak per la..sebelum ni tgk kek org jer kali ni pulun giler-giler..Hee..hee..


 Krim Puff Dan Kuih Serimuka

Yg ni nak bawak gi jamuan raya Taska dan Tadika An- Nasuha tempat anak-anak aku belajar.

 
Kuih favourite aku ni. Lapisan kat atas tu taruk air daun pandan kat dalam. Wanginya..










                                                                                         

Birthday Cake Chelsea Theme


Vanilla Sponge Cake

Tempahan dari Salmi bagi pihak kawannya. Tq ..


Apam Dot Dot Filling lagi

Apam Dot Dot Filling
50 pcs

Repeat order dari Tinie. Yg dulu nyer tak sempat merasa. Habis dimakan oleh semua tetamu katanya.
Order lagi untuk makan sendiri. Tq Tinie.


Vanilla Cupcake Dgn Strawberry


Vanilla Cupcake Dgn Strawberry

Minggu ni saja dah 3 org order utk birthday husband masing-masing. Bertuah dpt wife mcm ni. Tapi mana golongan husband-husband ni?? Xder pon yg order utk wife masing-masing..Komang2 pon bg la kek ker cupcake ker. Wife kalu dpt mcm ni dr husband dia akan ingat sampai mati.He..he..he..Betul kan? Sebab aku sendiri pun lum pernah dpt cupcake dari husband aku sendiri. Kwang..kwang..kwang..Okeyla, Vanila cupcake dgn strawberry ni order dari Kimah. Sebelum ni dah pernah order mini egg tart tp tak berkesempatan berjumpa dgn tuan punya badan.Tq yer Kimah.

Mix Blueberry & Strawberry Cheese Tart & Walnut Carrot Cupcake

 Mix Blueberry & Strawberry Cheese Tart
50 pcs
Walnut Carrot Cupcake + Buttercream Topping

Order dari Zizie lg. Cheese tart tu dah jadi favourite anak sulung dia. Itu yg order lagi. Walnut Carrot Cupcake tu pulak first time Zizie order tp dia request topping buttercream. Topping asal utk  Walnut Carrot Cupcake atau gandingan yg paling ideal sebenarnya ialah cream cheese. Hhmm...lain org lain seleranya kan. Apa2 pun tq Zizie..


Mini Egg Tart, Krim Puff & Apam Dot Dot

 Mini Egg Tart
100 pcs

Order dari Kimah.

Krim Puff & Apam Dot Dot Filling
                  50 pcs                  50 pcs         

Yg ni pulak order dari abang ipar aku, Abg Mie. Dia nak bawak utk jamuan@mkn2 bersama geng2 badmintonnya.


Fruit Tart & Cream Puff

Fruit Tart
50 pcs

 Krim Puff
50 pcs

Kesemua ni order dari Jue. Untuk fruit tart tu jue request nak 3 jenis buah tu. Mengidam katanya. Hee..hee..hee. Tq yer

Order Untuk Jamuan Aidilfiri UiTM

 Moist Choc Cake, Marble Cake & Krim Puff 400 pcs

 
Marble cake yg dipotong kecik siap-siap.

Tq Salmi..


Order Majlis Pertunangan Sakinah & Zhafri


Moist Choc Cupcake
Patutnya ada strawberry fresh tp xder stok kat mana-mana kedai di K Trg time tu. So aku tukar letak cherry bertangkai dan red fondant roses sebab tema warna merah dan putih. 


 Choc Cupcake
Topping Fondant & Buttercream

Untuk hantaran jugak. Selain dari cupcake ni Kinah order jugak Bluebery dan Strawberry Cheese tart sebanyak 100 pcs. Tq yer Kinah. Jauh datang ambik ni. Dari Dungun..

Birthday Cupcake


Birthday Cupcake
Vanilla Cake + Strawberry Filling

Order dari Auni untuk Nur Najah Syafiqah di Sekolah Berasrama Penuh Intergrasi Batu Rakit.
Tq yer Auni.


Tempahan utk Rumah Terbuka Aidilfitri dan Ulang tahun Ahmad Amirul Hakimi

 3 biji kek

 Moist Choc Cake
 Yang ini utk raya.. Berat jugak kek ni hampir 2.5 kg.
 Choc Sponge Cake Layered Choc Filling
Birthday cake. Nak tema Sponge Bob.

Vanila Sponge Cake Layered Blueberry Filling
Birthday cake jugak. Request lukis blozar@bulldozer sebab birtday boy minat sgt ngan benda ni tp tangan keras ku ni mana la reti. Last2 taruk jer sebiji blozar kat atas tu. Itu pun last2 minit sebab bimbang anak-anak aku pulak yg mengamuk nakkan benda tu. :)

Fruit Tart




Apam Dot Dot
200 pcs

Kesemua ni order dari Along dan Achik. Timer kasih jugak atas jemputan ke majlis tu tp sori  tak dpt pergi sebab nak kena siapkan order lain pulak ptg tu.

Tart Kek

 Tart Kek
30 pcs

Order oleh Najihah..

Ni la rupa keratan tart kek tu. Ramai sgt yg duk tanya. Sila abaikan rupa keratan yg tak licin tu sebab aku guna pemotong segera iaitu gigi rongak putera sulungku. Dia ngap terus aku ambik gambar yg sekerat tu. Hee..hee..hee..Tart ni versi medium size. Kalau nak order mini bite size pun boleh. Hanya RM35-50 pcs. Aku rasa lagi sedap dlm bentuk mini bite ni. Terasa keranggupan kulit tart, kesedapan inti nenas dan kelembutan kek kat atas tu.Betul..bab kata anak-anak aku terbaaaaiikkkkkk...


Krim Puff

Krim Puff
250 pcs diorder oleh Sha
50 pcs diorder oleh Farah

Tq semua..


Blueberry & Strawberry Cheese Tart

Blueberry & Strawberry Cheese Tart
100 pcs

Order dari Ita. Tq yer..

Apam Dot Dot & Krim Puff

Apam Dot Dot Filling 50 pcs
Order oleh Tini
Apam Dot Dot 100 pcs
Krim Puff 100 pcs
Order oleh Kak Na


Simple Moist Choc Cake


Simple Moist Choc Cake

Order dari Lah. Biasanya Lah order cheese cake tapi kali ni nak rasa yg lain pulak katanya. So aku suggest moist choc cake  ni. Moist sgt-sgt. Lah cakap nak buat makan-makan jer so aku rasa kek ni lah paling sesuai utk semua. Untuk budak-budak apatah lagi kan. Sesuai jugak utk buat open house time raya ni. Tinggal nak potong kecik-kecik dan hidang jer kan.


Fruit Tart & Apam Dot Dot

  
 Fruit Tart 
50 pcs

 
Apam Dot Dot
50 pcs
Order dari Kak Wani. Tq kak..

Walnut Choc Brownies & Carrot Walnut Cupcakes

 Walnut Choc Brownies
 Request letak dlm 3 bekas

Carrot Walnut Cupcake with Cream Cheese
25 pcs

Hamidah student UPSI order semua ni utk dibawa pulang ke sana. Tq yer.



Fruit Tart

Fruit Tart
200 pcs

Order dari Fatihah utk dijadikan sebagai doorgift. Tp syg fruit tart kali ni kurang menyerlah sebab xder buah strawberi. Kiwi pulak jenis Zeppri Gold tu yg isi dia kekuningan bukan hijau mcm yg selalu. Dah jenuh aku anak-beranak turun naik mydin, giant dan sabasun time raya-raya cari buah-buah nie tp ini ajela yg dapat. Agaknya tokey strawberi pun cuti raya lg time tu.



Order Terakhir menjelang Syawal : HOT!! Aneka Cheese Tart

Alhamdulillah..nampaknya tahun ini cheese tart jadi  produk paling hot untuk Syawal 2011. Jenuh jugak duk menenyeh untuk kulit tart tu sebab aku tak sempat nak prepare awal-awal. Timer kasih semua dan mintak maaf jugak kepada sesiapa yg aku terpaksa tolak order untuk cheese tart raya kali ni.Jangan segan-segan order lagi lain kali yer..


 Mix Cheese Tart



 Yg ni paling aku ingat tuannya sebab dia la order paling bnyk.. Rozita namanya. Order 450 pcs bluberry cheese tart untuk dihadiahkan kepada kenalan dan saudara mara. Baiknya dia kan.


Anda mungkin meminati ini juga