Yg ni pulak kek birthday untuk anakanda no 2, Insyirah Zulaikha pada 24hb Mei lepas. Bukan request dia tapi umi dia yg gatal tangan nak buatkan doll cake ni. Dah lama teringin nak buat sebenarnya tapi kali ni baru berkesempatan. Jadi la jugak kan walaupun tak secantik yg org lain buat.
Suka bebenor Zulaikha bila tengok kek barbie ni sampai tak mboh bangun dari kerusi nak menelek kek dia tu. Siap melompat-lompat lagi tu. Geli hati betul tgk gelagat dia. Kek Barbie dan kek Ben 10 tu dia orang celebrate kat tadika. Bukan budak-budak jer..cikgu-cikgu pun teruja sama. Pandai-pandai la korang potong kek tu yer.
Special request dari anakanda putera sulung, nakkan kek ada gambar BEN 10 untuk birthdaynya pada 15hb Mei lepas. Hhmm...kecik-kecik dah pandai request yer. Beruntung anak zaman sekarang. Apa-apapun demi Fikri Dzakwan umi sanggup buatkan walaupun tengah kelam kabut siapkan order lain. :)
Order dari Che Sue Sabasun. Che Sue memang peminat setia fruit tart dan cream puff D'Nanies sejak dulu lagi. Ibu Che Sue pun suka cream puff ni. Selalu jer beli cream puff yg aku hantar ke Sabasun tu. Tq..
Order dari Wan Hakimah untuk buah tangan husbandnya yg nak balik semula ke Jepun. Tapi rasanya cheesetart ni tak sempat sampai ke Jepun sebabnya flight husband Hakimah delay la pulak.Apa-apa pun tq yer Kimah.
Sila ignore background kat belakang tu. Betul-betul tgh rushing. Semua space kat dapur tu dah penuh. Dapat snap gambar atas washing machine pun jadik la.. :)
Alhamdulillah.. Rezeki masuk mencurah-curah menjelang kelahiran no 3 ni. Syukur..rezeki anak la tu. Apam Dot Dot, Krim Puff dan Apam Harum Manis ni diorder oleh Kak Sal seorang penjual kuih. Kak Sal akan borong setiap jenis kuih ni 100 biji pada setiap hari. Selain tu sandwich pun ada jugak. Kalau diikutkan Kak Sal request macam-macam jenis lagi kuih dan kek tapi apakan daya perut dah memboyot..Dah masuk 8 bln daa...kesihatan nak kena jaga jugak. Insyaallah lepas selamat bersalin dan berpantang nanti kita sambung semula yer kak.
Tempahan kek terbesar yg pernah aku buat sepanjang terlibat dalam dunia baking ni. 16 x 16 inci tu. Terima kasih buat Ali Hilmi dari W99 Kakimoto Club sebab memberi kepercayaan kepada D'Nanies. Terbayang mat-mat motor duk makan kek ni :)
Hanya seorang wanita biasa bergelar isteri dan umie kepada 4 orang cahayamata yang sedang lasak membesar Fikri Dzakwan, Insyirah Zulaikha, Insyirah Humaira dan Haziq Dzakwan. Berkelulusan dlm bidang IT, berpengalaman bekerja selama 7 tahun namun minat dalam dunia baking mengatasi segala-galanya. Alhamdulillah berkat sokongan dan dorongan suami serta keluarga tercinta D'Nanies Home Bakery akan terus melangkah ke depan. Insyaallah..
Nak Order?
Just sms@call@wassap.Order mestilah 3@4 hari lebih awal. Janganla last minute, kesian kat saya.
Untuk bulk order at least 3 minggu lebih awal.
Saya amat berterima kasih sekiranya anda meninggalkan pesanan melalui sms sekiranya saya tidak sempat angkat phone yer.
Bila dah bank in, sila inform by sms @ email pada saya.
Nanie Tel: 012-9535121 Email: dnanies@yahoo.com
Delivery
Delivery service adalah terhad dengan charges antara RM10-RM30 bg dalam daerah Kuala Terengganu. Walau bagaimanapun sila hubungi saya untuk arrangement lain-lain tempat. Kut-kutla ada free time tu.
Kursus Pengendalian Makanan 2017
-
as salam utk semua
Kursus Pengendalian Makananan 2017
Kursus yg WAJIB dihadiri oleh semua pengendali makanan di Malaysia.
Tarikh kursus : 20hb Januari,...
Brownies Oreo 1set
-
brownies ne di oder oleh Ira Jo... tqsm ira sbb sudi oder dgn sy dan
skiranye ada slh silap or tkurang dkt mn2 sy mintak maaf byk2 yh ira
Budget Wedding cake
-
* PROMOSI - BUDGET WEDDING CAKE !!!*
SEHINGGA DISEMBER 2016!
BERMULA DARI RM 130. DIJAMIN SEDAP DAN CANTIK!!
LOKASI:
FEENACAKES DELIGHT
34 HALA TAMAN...
Hello!
-
Hey! It's been so long since we last updated our blog, for updates do check
and like our facebook page and follow our awesome instagram account by
clickin...
VICTORIA SANDWICH CAKE
-
ASSALAMUALAIKUM...
Dah 2 minggu cuba nak mengapdet, tp masa sgt tak mengizinkan.. Pg ni,
dicelah2 masa yg suntuk dan padat, cuba jugak nak masukkan entri ...
NOTIS PENTING
-
Assalamualaikum... Saya dalam proses membaikpulih blog ini.... gambar yg
hilang tetap hilang... Saya cuba usahakan yang baru InsyaAllah...
Doa2kan...cep...
.: from taufik to husna with love :.
-
happy birthday husna!! dr jauh sang teruna ordered special stoberi
cupcakes, sama mcm penah diorder nye 2 tahun dulu, khas buat hari lahir ke
24 si dara. t...
Siri Blogger Masakan - Nusantara Series
-
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua
teman-teman dan pengunjung setia Dapur CT yang tersayang. Alhamdulillah,
sepert...
kelas 11 mei
-
as salam
kelas demo kek kontinental
red velvet, carrot walnut & snowy cheese cake
pada : 11hb Mei
masa : 10.30am
fee : RM180
... add: tmn harmoni 2..no 25,...
WE ARE MOVING!
-
Salam..sape yang masih lgi follow blog ni..kindly to inform all of u..we
are moving to new website..kami telah berpindah..so blog ni akan stop kt
sini je.....
Demam Kek Karamel
-
Kek Karamel ni di baking byk kali dah sejak pertama kali buat.
Mmg patutlah blogger2 diluar sana berebut2 mencuba kek ni..
Mmg sedap,lembut,nyaman je masu...
PENGUMUMAN PENTING!!!!!
-
Pelanggan yg dihormati dan disayngi sentiasa... semua senarai hrga dari
entry2 sebelum ini mungkin bukan hrga sebenar , ini disebabkan kenaikan
harga darip...