Cupcake terakhir sebelum Ramadhan

Rasa-rasanya ini adalah order cupcake terakhir sebelum Ramadhan. Diorder oleh Nini dari Kerteh sempena birthday anaknya Naufal Aqeel genap 1 tahun. Nini request tema Barney & Friends. Jenuh jgk aku duk melukisnya. Almaklum la bukan nya professional pon. Nak habiskan seekor Barney tu org Trg kata rohok jugok. He..he..he.. Tapi nasib baikla nampak jgk rupa Barney sikit-sikit kan? To Aqeel..Happy Birthday to you..Be a good boy..Dan buat mama Aqeel, terima kasih bnyk sebab jadi customer tetap dari dulu lagi.




Cupcake Perisa Pandan


Cupcakes Lagi....

Kali ni order cupcakes datang dari Safrina (UDM) dan Su (UMT). Jom layan gambar ajer la kali ni..


Cupcake untuk Safrina. Special buat family and buah hati tersayang.


Cupcake untuk Sue. Katanya nak surprised kan husband dia.




Kek Lapis dan Biskut Raya pertama

Che Yah tokei Kedai Kain Shahfendi Collection (http://www.shafendicollection.com/) nun dari Shah Alam mengidam nak makan kek lapis ngan biskut raya. Awalnya dah nak rasa biskut raya. Maka bersilat la lagi aku kat dapur tu.


Kek Lapis Prune


Biskut Kelapa Delima

Order Hujung Minggu & Product Baru D'Nanies

Dpt order cupcake lagi..Bnyk betul org order cupcake semenjak dua menjak ni :-) Kali ni Ayu & Kak Zam pulak yg order. Kuih-kuih pun ada org order. Tokey catering terkenal di Kuala Ibai merangkap tuan punya Roszita Homestay, Kak Roszita order apam. Suhaiza pulak order cream puff menerusi Fariha (Farinme Cupcakes). Tapi gambar utk apam dan cream puff xder laa. Lupa nak snap pulak.




Cupcake Ayu


Cupcake Kak Zam


Dah boring tgk gambar cupcake kali ni nak tayang kuih-muih pulak. Kuih-kuih ni aku buat untuk jualan harian di sekitar Kuala Ibai. Yg pink tu dah tentu lah apam. Yg kuning2 tu kuih belimbing, product baru D'Nanies. Saper-saper yg berminat nak order, sila tpn@sms@email yer. Dah nak puasa ni, nanti blh la order utk juadah berbuka :)

KUIH BELIMBING

RM8 - 25 pcs

Boleh pilih nak tabur gula @ sira dgn air gula








APAM

RM14 - 50 pcs




Moist Choc Cake

Bertuah betul la budak 2 orang ni..Last minute sgh ordernya. Nasib baik semer bhn dah ada cuma kelam kabut skit ar. Nak wak makan-makan jer katanya..Hu..hu..semoga kek ni selamat sampai ke Kerteh dgn selamat :-)








Surprise Cupcake for Someone Special

First time dpt order request deliver utk surprisekan somebody. Bertuah sungguh si penerima cupcake tu dapat buah hati yg sayang kat dia dan alangkah bertuahnya lagi kalau aku sendiri yg dapat surprise cupcake gitu. He..he..


FAST SALE 3/8/09


Already sold to Yanie & Akmal


Yanie nyer


Kak Bie nyer. Yg ni bkn fast sale tp special buat Kak Bie dari aku.

Akmal nyer x sempat ambik gmbr..Pagi-pagi buta lagi dah muncul dpn rumah nak ambik cupcake. On the way nak gi ofis katanya..


FAST SALE !!! Esok 3/8/09


FAST SALE!! FAST SALE!!


9 pcs Moist Choc Cupcakes only @ RM15.00

Only 2 set available


No delivery...
Boleh datang ambik di pick up point (Mydin Kuala Ibai @ Area Masjid Terapung) after office hour ATAU di Taman Permin Jaya, Chendering (berhampiran BSN) during office hour.

Cepat!!
First Come First Serve!!


Hubungi:
Nanie 012-9535121
Email : dnanies@yahoo.com


1 set Reserved to Yanie

Only 1 set now available
Hurry!!


Kek Lapis, Kek Gula Hangus & Moist Choc Cuppies

Order dari Dr Raha.. 3 sekaligus.. Thank yer Doc. Jom layan gambar..






Hajat di hati nak buat Pingu..Ada rupa Pingu tak?


Kek Gula Hangus


Kek Lapis Masam Manis

Cupcakes Colourful

Cupcakes kali ni order dari Ckin. Ckin request nak ada pelangi dan bunga. Erm..tak pernah buat pelangi ni..Pelangi ku pon tak serupa ngan pelangi yg real tu..Cuba la tgk...Asal nmpk cam pelangi dah ok la kan Ckin...






Yg ni antara free gift utk Ckin sb dia customer pertama lps aku cuti panjang ni..

Aktiviti Baking Sepanjang Cuti Panjang

Sepanjang cuti panjang ari tu mmg xleh duk diam rasanya. Tangan ni rasa gatal jer nak pegang mixer tu..Oven pun memanggil-manggil..Hee..hee...Mengucap panjang mak mertua bila tahu aku dah start baking ni. Apa nak buat che...

So ni la aktiviti pertama..Kek Pandan Kelapa. Memang tak menghampakan. Dari dalam oven lagi dah terserlah keharumannya. Rasanya sedap..gebu..tak manis..lemak-lemak gitu..Memang best la.. So, pada saper-saper yang nak rasa kek yg sedap ni order aje dari D'Nanies..:-)

Rupa sebelum dipotong..Nampak mcm buruk tp rasanya..walllaaaa..


Rupa selepas dipotong..

Aktiviti kedua adalah produk D'Nanies yg paling laris, Kek Marble. Yang ni buat Strawberry Marble. Almond tabur kat atas tu sajer jer nak menghabiskan stok. Kek Marble ni gebus gitu dan paling penting rasanya tak manis sangat sesuai dgn selera tekak aku..


Tengah bersanding dalam pinggan

Aktiviti ketiga, order Besday cupcakes dari Fizah UDM. Kita org janji nak jumpa kat area masjid terapung Kuala Ibai tapi disebabkan hujan kena cancel plak dan jumpa kat bawah flyover jambatan kuala ibai tu..bawah pun bawahla...Hee..hee..







Aktiviti last adalah Moist Choc Cake special buat anak buah tunggalku Faris. Sebenarnya besday Faris masa hari tu lambat lagi tapi disebabkan dia dan mamanya dah nak balik semula ke KL terpaksa la celebrate awal. Tak rancang pun nak buat kek utk dia. Kira last minute betul la plan ni. Start baking kul 6 pg..Lps siap bakar tunggu sejuk jap sb nak curah choc ganache atas tu. Tapi sb tak betul2 sejuk lagi choc ganache tu still cair lg masa nak tulis kat atasnya. Nasib tak tenggelam ajer. Deco pun gitu2 ajer..Nak cepat. Sorry Faris..Nanti Che Long buatkan kek besday yg lg comel lain tahun yer.Hee..Hee..Kul 9.30 gitu terus masuk box dan bawak pergi rumah ibu saudaraku, Mok Ya. Sampai kat sana kita org menjamu selera ngan spagethi special Mok Ya..Sedappp...











D'Nanies Kembali Berasap :-)

Salam semua..

Alhamdulillah 24hb Mei 2009 yg lalu saya selamat melahirkan seorang puteri iaitu Insyirah Zulaikha Binti Mohd Zamri. Kepada semua yg tinggalkan msg di chat box saya mintak maaf banyak2 kerana tidak dpt membalasnya.. Walau apa pun terima kasih buat semua.

Insyaallah, mulai dari hari ini saya akan menerima tempahan seperti sediakala. Sebenarnya saya sudahpun menerima tempahan selepas 30 hari tu tapi hanya sorang dua ajerla. Tak sampai hati nak menghampakan permintaan customer sebenarnya. Kepada yg lain jgn marah yer.

Tunggu jugak kemunculan biskut raya D'Nanies tak lama lagi...Biasa ajer tapi sedap..Harga pun tak la mahal...Tungguuuuuuu....................

Spongebob Moist Choc Cake Untuk Fikri Dzakwan

Akhirnya berjaya juga aku menyiapkan kek birthday untuk anak kesayangan kami, Fikri Dzakwan. Sebenarnya sudah lama niatku untuk membuat kek kartun untuk Fikri..Ulangtahun pertama kelahirannya dulu tidak ada apa-apa yg ku buat cukup sekadar ciuman di hari jadinya. Lagipun Fikri masih kecil lg. Tapi untuk ulangtahun kedua kelahirannya ini aku sudah lama memasang angan-angan membuat kek kartun kesukaannya ni.

Abang pada mulanya sedikit bimbang bila aku menyuarakan hasratku ini memandangkan keadaan kesihatanku yg tidak mengizinkan. Namun setelah diyakinkan, demi utk anakku Fikri Dzakwan, aku berjaya juga walaupun tidak secantik yg ku lihat di dlm blog-blog lain. Sedikit sebanyak kenangan terhadap arwah ma kembali di ingatanku bila teringatkan bagaimana arwah berusaha mengembirakan anak-anaknya di hari jadi walaupun tiada kek yg berlilin utk ditiup cukuplah sekadar dengan ucapan selamat hari jadi.

Buat anakku Fikri Dzakwan, semoga menjadi anak yg soleh, dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur. Doa restu umi sentiasa bersamamu anakku...








Birthday Cuppies untuk Bonda tersayang

Order ni datang dari Zira nun jauh di JB khas untuk birthday bondanya..Bertuahnya dapat anak yg baik mcm Zira ni kan. Sejuk perut mak mengandungkannya. Zira request choc cuppies with colourful design..Hanya ini aje yang dpt akak buat dik. Harap you like it. Cuppies kali ni jugak diorder oleh Sue, offismateku.

Dan rasanya ini adalah order terakhir yang ku terima sebelum bercuti panjang.. Keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan..Doktor telah menasihatkan agar banyakkan berehat setelah macam-macam yg ku lalui sepanjang pregnant anak no 2 ni..Sesungguhnya pengalaman mengandung kali ke 2 ni memang amat mencabar..

Kepada semua yang berminat untuk order dalam masa terdekat ni, harap maaf. Insyaallah D'Nanies akan kembali beroperasi semula bulan Ogos 2009 nanti. Doakan kesejahteraanku dan baby nanti...


Choc cuppies for Zira







Mix design cuppies untuk Sue

CMC, Kek Marble dan Kek Gula Hangus

Kek Moist Choc kali ni diorder oleh Alia. Just utk makan-makan ajer katanya.. Kek Marble perisa pandan dan orange seta kek gula hangus pulak diorder oleh Kak Liza dari Kemaman. Fuh..skali lg kek ku kena deliver by courier service...Mintak2 la selamat sampai hendaknya..


Moist Choc Cake..ditabur dengan badam-badam untuk Alia


Kek Marble Perasa pandan & orange dan Kek Gula Hangus untuk Kak Liza


Choc Moist Cake untuk makan-makan kat rumah...Hubby puji katanya kek kali ni lebih sedap dari biasa..Hee..he..bukan senang nak dapat pujian mcm ni sb dia lah pengkritik no 1 aku..

Anda mungkin meminati ini juga