Tempahan Di Bulan Ramadhan & Bazar Ramadhan

Untuk makluman, D'Nanies masih menerima tempahan di sepanjang bulan Ramadhan seperti biasa namun tempahan mestilah dibuat selewat-lewatnya 2 hari sebelum tarikh pick up yer.

Selain dari itu, sepanjang bulan Ramadhan ini pelbagai jenis kuih-muih D'Nanies untuk juadah berbuka puasa boleh didapati  di bazar-bazar ramadhan di Taman Permin Jaya Chendering, Pasar Manir, Tok Adis Kuala Ibai dan Tapak Pasar Malam Gong Badak (Gerai no 71). Juga boleh didapati di gerai kuih Jalan Gong Kapas dan Kedai Kuih Che Ta di Jalan Sultan Sulaiman. 

Antara kuih yang sering mendapat sambutan di bulan Ramadhan tahun-tahun sudah semestinya Krim Puff D'Nanies.
 Ramadhan kali ini D'Nanies turut memperkenalkan aneka kuih talam seperti Serimuka Pandan, Talam Tokyo, Talam Cendol dan beberapa jenis kuih talam lain lagi serta pelbagai jenis puding untuk pilihan semua.

Jemput la ke sana yer..
 


0 comments:

Post a Comment

Anda mungkin meminati ini juga