Showing posts with label Kek Lapis. Show all posts
Showing posts with label Kek Lapis. Show all posts

Order dari Diey

Hantaran Cupcake
Souffle cup
Apple green theme

Lapis Slice
100 pcs

Swirl buttercream design cupcake
15 pcs

Selain itu Diey ada jugak sewa pisau utk potong kek tu siap ngan hiasan tema merah dan putih. Tq Diey..

Choc Brownies & Lapis Slice Doorgift & Cupcake Untuk Hantaran Majlis Perkahwinan Sarah Salihah

Fuhh..Lega rasanya setelah 3 hari duk berkampung kat dapur tu..Sebab apa duk berkampung kat situ? Sebabnya aku duk menyiapkan order dari Sarah Salihah. Sarah dulu pernah order doorgift untuk majlis pertunangannya. Kali ni Sarah order 800 pcs choc brownies dan 200 pcs lapis slice untuk dijadikan sebagai doorgift majlis perkahwinannya pulak. Selain daripada itu. Sarah juga order cupcake untuk dijadikan hantaran. Walau bagaimanapun, ada cerita di sebalik pembikinan utk doorgift brownies ni. Biarla hanya aku dan Sarah ajer yg tahu. Huu..Huu... Insyaallah di lain kali aku akan lebih teliti. Apa-apapun terima kasih tak terhingga buat Sarah yg tetap sporting.

Doorgift Choc Brownies - 800 pcs




Perasan tak stiker tu?
Kalau berminat leh tempah kat limau manis @ Roslida (012 9558466)





Doorgift Lapis Slice - 200 pcs







Cupcake untuk hantaran


Moist Choc Cake dgn Strawberi
Pemberian ikhlas dari aku buat Sarah dan keluarga


Dan...
Ini lah pengantin barunya Sarah & Syahril



Semoga berbahagia ke akhir hayat


Projek Mega - Doorgift Kahwin

Ini adalah kali pertama aku menerima tempahan dalam kuantiti yg begitu banyak. Bagi part timer bakers bagi aku ini, tempahan sebegini mmg banyak dan amat memenatkan tapi berbaloi. Hee..hee.. Terima kasih buat Wieda yg memperkenalkan D'Nanies kepada ibu saudaranya iaitu Che Sue. Che Sue order 500 box lapis slice dan 1500 biji apam utk dimuatkan dalam 500 box butterfly untuk majlis perkahwinan anaknya yg diadakan di Dewan Sri Budi semalam. Birasku, Kak Ida juga menempah muffin sebanyak 200 box untuk majlis perkahwinan adiknya. Kak Ida ni tokey pelbagai jenis kerepek. Kerepek dia banyak dipasarkan di Mydin, Nirwana dan juga Sabasun. Apa-apa pun terima kasih jugak buat adik-adikku Iwan dan Atie yg sanggup pulang untuk membantu dan paling penting sekali sudah tentu buat tulang belakang ku iaitu suamiku. Terima kasih abang. TERIMA KASIH semua...

Projek 1 - Muffin Doorgift Kak Ida

Muffin perasa oren.


Perhatian. Ini bukan buruh kanak-kanak yer tapi putera sulungku. Rajin sungguh membantu ummi dia menyusun muffin dalam bekas walaupun pada masa tu dah jam 4 pagi. Tapi macam biasa lah kalau dia yg tolong jawabnya 4-5 biji muffin ku pun hilang ditelannya.


Muffin dah siap cover


Muffin perasa oren


Muffin perasa coklat


2 box muffin ready diambil.

Projek 2 - Lapis Slice Dan Apam Doorgift Che Su Wieda


Lapis Slice


Riben color biru nak sesuaikan ngan tema pengantin.


Perisa kek lapis ni campur-campur.


4 box kesemuanya untuk 500 box lapis slice ni.


Apam dalam kotak butterfly




Dah siap packing masuk kotak


Ada 7 box kesemuanya dah ready nak kena ambil. 4 box lapis slice dan 3 box apam.
Baru perasan gambar apam tak banyak yg disnap sebab semua org tgh busy mengira apam yg dah siap takut tersilap kira..He..he..he..

TERIMA KASIH SEMUA..


Ok..yg ni pulak lain citer. Nak interfrem skit bakul buah untuk hantaran yg adik aku sruh buatkan untuk adik iparnya..Agak-agaknya lepas ni boleh tak ambik tempahan?? Hee..hee..










Fancy Cookies & Lapis Slice untuk doorgift kahwin

Dah settle ngan biskut dan kek raya, oven aku still berasap lagi. Kali ni pulun buat doorgift kahwin untuk majlis perkahwinan abang ipar aku untuk belah perempuan dan jugak lelaki. Fuhh..memang marathon habis la nak siapkannya. Majlis sebelah pihak perempuan raya ke 3. Sebelah lelaki pulak raya ke 5. Untuk sebelah perempuan ada 2 jenis iaitu Almond Fancy Cookies 200 pcs dan Lapis slice 100 pcs..Cookies tu aku buat sendiri dari hujung rambut ke hujung kaki. Lapis slice tu buat setakat hujung kaki sampai buku lali jer..Tempek stiker ajer. Hee..hee...hee...




Almond Fancy cookies ngan tema putih n purple





Lapis Slice dgn mcm2 perisa


Kek Lapis dan Biskut Raya pertama

Che Yah tokei Kedai Kain Shahfendi Collection (http://www.shafendicollection.com/) nun dari Shah Alam mengidam nak makan kek lapis ngan biskut raya. Awalnya dah nak rasa biskut raya. Maka bersilat la lagi aku kat dapur tu.


Kek Lapis Prune


Biskut Kelapa Delima

Apam dan Kek Lapis Prune

Apam ni apam untuk jualan harian biasa. Kali ni terlebih rajin skit so buat colourful..Alhamdulillah..Ramai yg suka rupanya. Walaupun rupa tak semekar macam apam orang lain buat. Hee..he..Kek lapis prune ni pulak untuk makan sendiri ajer..Teringin laa...




Kek Lapis Prune

Kek Lapis Prune ini di order oleh Shima dari Paka untuk hantaran perkahwinannya tak lama lagi.
Semoga selamat sampai kek lapis ni. Huu..huu..First time kek ku dihantar melalui courier service ni..Apa-apa pun Selamat Pengantin Baru buat Shima dan pasangan. Semoga bahagia ke akhir hayat. Sorry tak dapat nak pergi majlis perkahwinanmu nanti..

New Product - Kek Lapis



Memperkenalkan produk baru D'Nanies iaitu Kek Lapis Prune dan Kek Lapis Asam Manis Haw Flakes. Saiznya 8 x 8 x 2 inch, berat 1.3 kg dan menggunakan butter sepenuhnya.. Harganya cuma RM55.00 sahaja.. Boleh ditempah pada bila-bila masa dan rasanya sungguh waalaaa...
Anda mungkin meminati ini juga