Cupcakes Colourful

Cupcakes kali ni order dari Ckin. Ckin request nak ada pelangi dan bunga. Erm..tak pernah buat pelangi ni..Pelangi ku pon tak serupa ngan pelangi yg real tu..Cuba la tgk...Asal nmpk cam pelangi dah ok la kan Ckin...






Yg ni antara free gift utk Ckin sb dia customer pertama lps aku cuti panjang ni..

Aktiviti Baking Sepanjang Cuti Panjang

Sepanjang cuti panjang ari tu mmg xleh duk diam rasanya. Tangan ni rasa gatal jer nak pegang mixer tu..Oven pun memanggil-manggil..Hee..hee...Mengucap panjang mak mertua bila tahu aku dah start baking ni. Apa nak buat che...

So ni la aktiviti pertama..Kek Pandan Kelapa. Memang tak menghampakan. Dari dalam oven lagi dah terserlah keharumannya. Rasanya sedap..gebu..tak manis..lemak-lemak gitu..Memang best la.. So, pada saper-saper yang nak rasa kek yg sedap ni order aje dari D'Nanies..:-)

Rupa sebelum dipotong..Nampak mcm buruk tp rasanya..walllaaaa..


Rupa selepas dipotong..

Aktiviti kedua adalah produk D'Nanies yg paling laris, Kek Marble. Yang ni buat Strawberry Marble. Almond tabur kat atas tu sajer jer nak menghabiskan stok. Kek Marble ni gebus gitu dan paling penting rasanya tak manis sangat sesuai dgn selera tekak aku..


Tengah bersanding dalam pinggan

Aktiviti ketiga, order Besday cupcakes dari Fizah UDM. Kita org janji nak jumpa kat area masjid terapung Kuala Ibai tapi disebabkan hujan kena cancel plak dan jumpa kat bawah flyover jambatan kuala ibai tu..bawah pun bawahla...Hee..hee..







Aktiviti last adalah Moist Choc Cake special buat anak buah tunggalku Faris. Sebenarnya besday Faris masa hari tu lambat lagi tapi disebabkan dia dan mamanya dah nak balik semula ke KL terpaksa la celebrate awal. Tak rancang pun nak buat kek utk dia. Kira last minute betul la plan ni. Start baking kul 6 pg..Lps siap bakar tunggu sejuk jap sb nak curah choc ganache atas tu. Tapi sb tak betul2 sejuk lagi choc ganache tu still cair lg masa nak tulis kat atasnya. Nasib tak tenggelam ajer. Deco pun gitu2 ajer..Nak cepat. Sorry Faris..Nanti Che Long buatkan kek besday yg lg comel lain tahun yer.Hee..Hee..Kul 9.30 gitu terus masuk box dan bawak pergi rumah ibu saudaraku, Mok Ya. Sampai kat sana kita org menjamu selera ngan spagethi special Mok Ya..Sedappp...











D'Nanies Kembali Berasap :-)

Salam semua..

Alhamdulillah 24hb Mei 2009 yg lalu saya selamat melahirkan seorang puteri iaitu Insyirah Zulaikha Binti Mohd Zamri. Kepada semua yg tinggalkan msg di chat box saya mintak maaf banyak2 kerana tidak dpt membalasnya.. Walau apa pun terima kasih buat semua.

Insyaallah, mulai dari hari ini saya akan menerima tempahan seperti sediakala. Sebenarnya saya sudahpun menerima tempahan selepas 30 hari tu tapi hanya sorang dua ajerla. Tak sampai hati nak menghampakan permintaan customer sebenarnya. Kepada yg lain jgn marah yer.

Tunggu jugak kemunculan biskut raya D'Nanies tak lama lagi...Biasa ajer tapi sedap..Harga pun tak la mahal...Tungguuuuuuu....................

Spongebob Moist Choc Cake Untuk Fikri Dzakwan

Akhirnya berjaya juga aku menyiapkan kek birthday untuk anak kesayangan kami, Fikri Dzakwan. Sebenarnya sudah lama niatku untuk membuat kek kartun untuk Fikri..Ulangtahun pertama kelahirannya dulu tidak ada apa-apa yg ku buat cukup sekadar ciuman di hari jadinya. Lagipun Fikri masih kecil lg. Tapi untuk ulangtahun kedua kelahirannya ini aku sudah lama memasang angan-angan membuat kek kartun kesukaannya ni.

Abang pada mulanya sedikit bimbang bila aku menyuarakan hasratku ini memandangkan keadaan kesihatanku yg tidak mengizinkan. Namun setelah diyakinkan, demi utk anakku Fikri Dzakwan, aku berjaya juga walaupun tidak secantik yg ku lihat di dlm blog-blog lain. Sedikit sebanyak kenangan terhadap arwah ma kembali di ingatanku bila teringatkan bagaimana arwah berusaha mengembirakan anak-anaknya di hari jadi walaupun tiada kek yg berlilin utk ditiup cukuplah sekadar dengan ucapan selamat hari jadi.

Buat anakku Fikri Dzakwan, semoga menjadi anak yg soleh, dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur. Doa restu umi sentiasa bersamamu anakku...








Birthday Cuppies untuk Bonda tersayang

Order ni datang dari Zira nun jauh di JB khas untuk birthday bondanya..Bertuahnya dapat anak yg baik mcm Zira ni kan. Sejuk perut mak mengandungkannya. Zira request choc cuppies with colourful design..Hanya ini aje yang dpt akak buat dik. Harap you like it. Cuppies kali ni jugak diorder oleh Sue, offismateku.

Dan rasanya ini adalah order terakhir yang ku terima sebelum bercuti panjang.. Keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan..Doktor telah menasihatkan agar banyakkan berehat setelah macam-macam yg ku lalui sepanjang pregnant anak no 2 ni..Sesungguhnya pengalaman mengandung kali ke 2 ni memang amat mencabar..

Kepada semua yang berminat untuk order dalam masa terdekat ni, harap maaf. Insyaallah D'Nanies akan kembali beroperasi semula bulan Ogos 2009 nanti. Doakan kesejahteraanku dan baby nanti...


Choc cuppies for Zira







Mix design cuppies untuk Sue

CMC, Kek Marble dan Kek Gula Hangus

Kek Moist Choc kali ni diorder oleh Alia. Just utk makan-makan ajer katanya.. Kek Marble perisa pandan dan orange seta kek gula hangus pulak diorder oleh Kak Liza dari Kemaman. Fuh..skali lg kek ku kena deliver by courier service...Mintak2 la selamat sampai hendaknya..


Moist Choc Cake..ditabur dengan badam-badam untuk Alia


Kek Marble Perasa pandan & orange dan Kek Gula Hangus untuk Kak Liza


Choc Moist Cake untuk makan-makan kat rumah...Hubby puji katanya kek kali ni lebih sedap dari biasa..Hee..he..bukan senang nak dapat pujian mcm ni sb dia lah pengkritik no 1 aku..

Doorgift Cupcake

Ini pulak doorgift cupcake untuk Fara student UDM. Ada majlis dinner kalau tak silap..Designnya aku buat campur-campur. Ada flavour choc and strawberry. Anyway, thank you so much Fara...








Cupcakes order dari Kak Dah dan Farah, Apam untuk Na & Bahari lagi

Kak Dah order cupcakes untuk dijadikan hantaran bg majlis menyambut menantu. Disebabkan last minute order, aku pun dah buntu nak buat design apa. Last2 dgn nozzle yg ada tu design swirl jgk yg jd pilihan.. Harap Kak Dah suka..


Farah ( sweet orgnya) order cupcake choc flavor..Erm ni mesti nak celebrate anniversarry ngan ehem..ehemm.. Farah request tema warna merah dan putih.. Ini ajer yg akak mampu buat dik..





Na dan Bahari pulak order lagi apam. Kali ni untuk diberi pada taska anaknya pulak...



Moist Choc cake, Choc Brownies, Apam & Kek Marble Strawberry

Minggu ni berderet-deret order.Alhamdulillah..Order terakhir untuk minggu ni oleh Fara and the geng di UDM. Ikutkan dia org nak tambah lagi order namun terpaksa aku tolak..Adehh..mak buyung dah semput minggu ni.. Lain kali pulak la yer..Dia orang order Moist Choc Cake, Brownies, Apam dan Kek Marble Strawberry..

Ready to deliver


Apam


Choc Brownies tabur ngan choc rice


Moist Choc Cake


Kek Marble Strawberry

Apam

Na dan Bahari, pasangan suami isteri 2 sejoli kat opis aku ni order apam untuk tambahan majlis harijadi anaknya Nurin..Happy 1st Besday Nurin...


Cupcakes Lagi - Nan Aishah

Cupcake kali ni diorder dari Nan Aishah untuk hantaran pertunangannya..Unik sekali namanya kan..Orangnya pun so sweet. Aishah order 2 set..1 set untuk hantaran dan 1 set lagi utk makan-makan.




Cupcakes

Cupcakes kali ni diorder oleh Malissa dari KL yang mengikuti husbandnya meeting di Trg ni. Untuk birthday husbandnya kata dia. Design dia request campur-campur. Malissa pun tgh pregnant..dah 6 bulan.. Manis orangnya..Seri ibu muda kot. Cupcakes ni terpaksa deliver malam..Siang memang tak sempat . Nasib baik la Melissa sporting. Lepas Maghrib terus deliver kat Riyaz Heritage Rosort & Spa di Pulau Duyong nun di sana...




Order-Apam, Moist Choc Cake dan Choc Brownies

Order untuk minggu ni dimulai dengan Kak Maiza. Dia order apam. Nak bawak sebagai buah tangan ke rumah saudara katanya.



Moist Choc Cake pulak diorder oleh Haiza untuk birthday pertama anak sulungnya Nabil..Happy Birthday Nabil...





Fara student UDM order Choc Brownies dengan multi topping..Untuk makan-makan katanya..Tak sampai sehari dapat repeat order lg dari Fara and the geng.. Tq Fara sebab tolong promote :-)






Anda mungkin meminati ini juga