Cupcakes Colourful

Cupcakes kali ni order dari Ckin. Ckin request nak ada pelangi dan bunga. Erm..tak pernah buat pelangi ni..Pelangi ku pon tak serupa ngan pelangi yg real tu..Cuba la tgk...Asal nmpk cam pelangi dah ok la kan Ckin...






Yg ni antara free gift utk Ckin sb dia customer pertama lps aku cuti panjang ni..

Aktiviti Baking Sepanjang Cuti Panjang

Sepanjang cuti panjang ari tu mmg xleh duk diam rasanya. Tangan ni rasa gatal jer nak pegang mixer tu..Oven pun memanggil-manggil..Hee..hee...Mengucap panjang mak mertua bila tahu aku dah start baking ni. Apa nak buat che...

So ni la aktiviti pertama..Kek Pandan Kelapa. Memang tak menghampakan. Dari dalam oven lagi dah terserlah keharumannya. Rasanya sedap..gebu..tak manis..lemak-lemak gitu..Memang best la.. So, pada saper-saper yang nak rasa kek yg sedap ni order aje dari D'Nanies..:-)

Rupa sebelum dipotong..Nampak mcm buruk tp rasanya..walllaaaa..


Rupa selepas dipotong..

Aktiviti kedua adalah produk D'Nanies yg paling laris, Kek Marble. Yang ni buat Strawberry Marble. Almond tabur kat atas tu sajer jer nak menghabiskan stok. Kek Marble ni gebus gitu dan paling penting rasanya tak manis sangat sesuai dgn selera tekak aku..


Tengah bersanding dalam pinggan

Aktiviti ketiga, order Besday cupcakes dari Fizah UDM. Kita org janji nak jumpa kat area masjid terapung Kuala Ibai tapi disebabkan hujan kena cancel plak dan jumpa kat bawah flyover jambatan kuala ibai tu..bawah pun bawahla...Hee..hee..







Aktiviti last adalah Moist Choc Cake special buat anak buah tunggalku Faris. Sebenarnya besday Faris masa hari tu lambat lagi tapi disebabkan dia dan mamanya dah nak balik semula ke KL terpaksa la celebrate awal. Tak rancang pun nak buat kek utk dia. Kira last minute betul la plan ni. Start baking kul 6 pg..Lps siap bakar tunggu sejuk jap sb nak curah choc ganache atas tu. Tapi sb tak betul2 sejuk lagi choc ganache tu still cair lg masa nak tulis kat atasnya. Nasib tak tenggelam ajer. Deco pun gitu2 ajer..Nak cepat. Sorry Faris..Nanti Che Long buatkan kek besday yg lg comel lain tahun yer.Hee..Hee..Kul 9.30 gitu terus masuk box dan bawak pergi rumah ibu saudaraku, Mok Ya. Sampai kat sana kita org menjamu selera ngan spagethi special Mok Ya..Sedappp...











D'Nanies Kembali Berasap :-)

Salam semua..

Alhamdulillah 24hb Mei 2009 yg lalu saya selamat melahirkan seorang puteri iaitu Insyirah Zulaikha Binti Mohd Zamri. Kepada semua yg tinggalkan msg di chat box saya mintak maaf banyak2 kerana tidak dpt membalasnya.. Walau apa pun terima kasih buat semua.

Insyaallah, mulai dari hari ini saya akan menerima tempahan seperti sediakala. Sebenarnya saya sudahpun menerima tempahan selepas 30 hari tu tapi hanya sorang dua ajerla. Tak sampai hati nak menghampakan permintaan customer sebenarnya. Kepada yg lain jgn marah yer.

Tunggu jugak kemunculan biskut raya D'Nanies tak lama lagi...Biasa ajer tapi sedap..Harga pun tak la mahal...Tungguuuuuuu....................
Anda mungkin meminati ini juga