Tuxedo Cake




Tuxedo Cake
Moist Choc Cake inside

Kek ni dibuat khas untuk sepupuku Nana yang telah pun melangsungkan majlis perkahwinannya beberapa bulan yg lepas. Nana tak banyak songeh, katanya akak buat la apa2 kek yg sesuai. So apalagi ni la peluang aku nak bermain dengan fondant. Suka aku tgk gambar ni sebab gambarnya jelas dan terang. Berbeza dgn gambar2 yg aku ambik sendiri menggunakan handphone burukku ini. Ehem..cik hubby kalau baca entry ni paham2 ajerla yer. Bila lagi nak tukar phone baru ni tak pon camera digital ke sebijik. :)  Kek tu pun aku suka tgk gak. Hee..hee..hee.. Buat Nana lepas ni cepat2 la timang anak pulak yer.

Kek Kahwin 2 Tingkat Sue Merbau Patah

 Kek Tingkat Bawah sekali

Nama ajer kek 2 tingkat tapi gambarnya hanya ada kek bhg bawah sajer. Tak sempat nak snap. Anak saudara Sue datang pick up tetiba jer. Masuk box terus bagi. Kalau Sue terbaca enrty ni sudi-sudikanlah hantar gambar yer.

Aneka Tartlet Lagi

 Mix Cheese Tart


Fruit Tart Dan Mini Egg Tart

Sorry, kali ni pun lupa saper la yg order ni. Apa-apa pun tq semua.

Aneka Tartlet

 Fruit Tart

Order dari Akma dan Amirul CMC
 
 Mini Egg Tart

Order dari Kak Na dan Yana

 Fruit Tart

Blueberry Cheese Tart

Order dari seorg lecturer Uitm Chendering..lupa dah nama akak ni.


Kek Birthday No 2


Kek Birthday No 2
Choc Mouse Cake inside 
Topping Fresh Cream

Kek birthday no 2 ni diorder oleh Mardiah buat anak saudaranya. Tq yer Mardiah.

Pulut Kuning Berhias untuk majlis pernikahan Nadia



 Pulut Kuning Berhias Setingkat

Nampaknya Nadia menjadi orang pertama order pakej pulut kuning ni. Terima kasih banyak2 Nadia sebab beri kepercayaan kepada akak. Pulut ni sahaja seberat 2 kg dan dilapisi dengan serunding daging pilihan Nadia. Kat atas tu pulak ada rendang daging dan udang.

 Yang ni pulak pulut semangat yg Nadia mintak buatkan. Mangkuk besar 2 bijik dan bunga telur tu Nadia yang supplykan. Aku cuma kukus pulut dan rebus telur ajer..

Order sampingan untuk majlis pernikahan. Krim Puff sebanyak 100 pcs.


Fruit Tart

Fruit Tart
50 pcs

Order dari regular customer, Kak Ngoh Sabasun.


Simple Moist Chocolate Cake

Simple Moist Chocolate Cake

Repeat order dari Kak Ida.



Cupcake Hantaran

Cupcake Hantaran

Order dari Hafiz sendiri utk majlis pertunangannya. Tq yer..




3 Tiers Wedding Cake

 3 Tiers Wedding Cake
Tema Putih, Merah dan Hitam
Bawah - Choc Mouse Cake
Tengah - Blueberry Sponge Cake
Atas - Strawberry Sponge Cake
Topping Fresh Cream

Kek paling bawah sekali. Ini ajer sempat snap sebelum masuk kotak. Kek jenis topping fresh cream ni tak tahan panas so better simpan dlm peti ais dulu. Nak bergambar baru ambik keluar tau. Huu..huu..huu..Pengantin ni dah terkena. Hampir 5 jam kek terbiar kat luar sebab peti ais tak muat..penuh brg.. Last2 kek dah cair..Ceri dah senget2. Kesian..

Lagi Kek Hantaran


 Moist Choc Cake
Hantaran dari pihak perempuan kepada lelaki



Moist Choc Cake
Hantaran dari pihak lelaki kepada perempuan

Order dari Nita, sepupuku sendiri untuk majlis pertunangannya. Nita hanya bgtau tema colour dan terserah padaku nak buat kek apa dan deco camner. Hee..hee..hee..senang citer.


Majlis Perkahwinan Efa di Ajil

 Cupcake Hantaran

 
 Puding Sembilu Kasih
Kelihatan agak suram mungkin kombinasi warna pink dan purple tak menjadi utk puding ni. Tak seronok..tak seronok...:(
 Inilah bunga dalam puding yg diperbuat daripada roti. Dalam gambar bunga purple bertukar menjadi biru. Hu..hu..hu..

 Kek Tingkat Bawah

 Kek Tingkat Atas
Nama kat atas kek ada utk 2 pasangan adik-beradik iaitu Effa dan Linda.

Kek Kahwin 2 Tingkat

Terima kasih banyak Efa. Maaf di atas segala kekurangan.
Tapi anak-anak cukup seronok sebab perjalanan menghantar order kali ni terpaksa mengharungi air banjir di Pengkalan Ajal kalau tak silap. Cukup adventure...


850 boxes Doorgift Muffin

 850 boxes Doorgift Muffin

 Chocolate Choc Chip Muffin

 Vanila Choc Chip Muffin

Fruit Tart utk mkn-mkn

Kesemua ini diorder oleh Mardiah untuk majlis perkahwinan adik lelakinya.
Terima kasih bnyk-bnyk.





Mini Pizza Panas! Panas!

 Sosej Mini Pizza

 Sardine Mini Pizza


Ni la sebahagian mini pizza untuk jualan harian mingguan. Panas lagi masa ni tengah tunggu sejuk untuk dipacking. Sesiapa yg berminat nak beli direct ngan D'Nanies pun boleh..nak beli kat kedai-kedai makan sekitar Chendering dan Kuala Ibai pun boleh. RM2 jer tanpa cheese dan RM3 dgn cheese. Erm..yg ada cheese takder dijual kat kedai yer..Mini pizza ni dibuat sekali seminggu jer..hu..hu..hu..tak sempat nak buat hari-hari dik ooi. So, saper2 nak makan panas2 tu leh ar try msg tanya pada setiap hari ahad @ isnin sebab dua hari ni ajer biasa mini pizza ni dibuat. Msg pagi ptg dah blh makan. :)


Order dari Achik

 Moist Choc Cake dgn Edible Image Upin Ipin

Close up ckit. Ni la birthday girlnya..

Fruit Tart
25 pcs

Bnyk citer sedih di sebalik pembikinan order kali ni..Hu..hu..hu..
Apa-apapun timer kasih yer achik.



Order Kak Mie Kedah



 Cupcake Edible Image
16 pcs

Untuk birthday anak-anak Danish, Balqis dan Daim.



Kek Nombor Tujuh
Vanilla Sponge Cake layered Strawberry Filling

Request dari Kak Mie sendiri tema hitam dan putih untuk meraikan ulangtahun perkahwinan ke 7.
Semoga berbahagia ke akhir hayat.

Mix Cheese Tart
50 pcs

Terima kasih Kak Mie dan selamat bercuti di Terengganu kiter ni.



Anda mungkin meminati ini juga