Projek Mega - Doorgift Kahwin

Ini adalah kali pertama aku menerima tempahan dalam kuantiti yg begitu banyak. Bagi part timer bakers bagi aku ini, tempahan sebegini mmg banyak dan amat memenatkan tapi berbaloi. Hee..hee.. Terima kasih buat Wieda yg memperkenalkan D'Nanies kepada ibu saudaranya iaitu Che Sue. Che Sue order 500 box lapis slice dan 1500 biji apam utk dimuatkan dalam 500 box butterfly untuk majlis perkahwinan anaknya yg diadakan di Dewan Sri Budi semalam. Birasku, Kak Ida juga menempah muffin sebanyak 200 box untuk majlis perkahwinan adiknya. Kak Ida ni tokey pelbagai jenis kerepek. Kerepek dia banyak dipasarkan di Mydin, Nirwana dan juga Sabasun. Apa-apa pun terima kasih jugak buat adik-adikku Iwan dan Atie yg sanggup pulang untuk membantu dan paling penting sekali sudah tentu buat tulang belakang ku iaitu suamiku. Terima kasih abang. TERIMA KASIH semua...

Projek 1 - Muffin Doorgift Kak Ida

Muffin perasa oren.


Perhatian. Ini bukan buruh kanak-kanak yer tapi putera sulungku. Rajin sungguh membantu ummi dia menyusun muffin dalam bekas walaupun pada masa tu dah jam 4 pagi. Tapi macam biasa lah kalau dia yg tolong jawabnya 4-5 biji muffin ku pun hilang ditelannya.


Muffin dah siap cover


Muffin perasa oren


Muffin perasa coklat


2 box muffin ready diambil.

Projek 2 - Lapis Slice Dan Apam Doorgift Che Su Wieda


Lapis Slice


Riben color biru nak sesuaikan ngan tema pengantin.


Perisa kek lapis ni campur-campur.


4 box kesemuanya untuk 500 box lapis slice ni.


Apam dalam kotak butterfly




Dah siap packing masuk kotak


Ada 7 box kesemuanya dah ready nak kena ambil. 4 box lapis slice dan 3 box apam.
Baru perasan gambar apam tak banyak yg disnap sebab semua org tgh busy mengira apam yg dah siap takut tersilap kira..He..he..he..

TERIMA KASIH SEMUA..


Ok..yg ni pulak lain citer. Nak interfrem skit bakul buah untuk hantaran yg adik aku sruh buatkan untuk adik iparnya..Agak-agaknya lepas ni boleh tak ambik tempahan?? Hee..hee..










1 comments:

Anonymous said...
March 17, 2011 at 10:53 AM

salam,

akak amik tempahan luar trgganu x?

Post a Comment

Anda mungkin meminati ini juga