Order Menjelang Raya..Cheese Tart tetap jadi pilihan ramai

Alhamdulillah..syukur. Order menjelang raya yg lalu mendapat sambutan yg luar biasa dari tahun-tahun sebelum ni. Walaupun hanya mempromosikan beberapa produk sahaja iaitu cheese tart, fruit tart, kek marble dan moist choc cake ia tetap jadi pilihan. Ramai yg bertanyakan kenapa tak buat cookies raya, musim raya ni kan? Sebenar benar benarnya...diri ini dok 'sekong' kata org Ganu kiter nok 'metek2' biskut tu. Lagi pun masih bnyk ilmu buat biskut raya yg perlu dipelajari. Jangan ingat boleh buat kek pandai buat biskut jugak (aku la ni, org lain mgkn tak kot) 

Tahun ni cheese tart tetap jadi pilihan ramai seperti tahun-tahun sudah. Selain blueberry dan strawberry cheese tart satu lg filling baru diperkenalkan iaitu pineapple cheese tart. Senang sebut cheese tart nenas la. Ala-ala tart nenas yg evergreen tu. Tapi yg ni jem nenas digabungkan dgn cheese. Unik sekali rasanya. Masih belum terlambat kepada sesiapa yg nak rasa. Promosi masih berjalan sehingga habis Syawal ni.

Kepada mereka yg sudi order dari D'Nanies, terima kasih banyak-banyak kerana menyokong. Tanpa anda semua siapa la saya kan. Terima kasih sekali lagi.

Buat husband saya, Mohd Zamri terima kasih juga kerana tanpa abang tak siap la order saya ni. Insyaallah bila dah ada bibik nanti tak perlu la abang tenyeh tart tu lagi yer. He..he..he..



Sebahagian gambar-gambar order yg sempat ambik...

















0 comments:

Post a Comment

Anda mungkin meminati ini juga