Moist Choc Cake kali ni aku buat sempena hari terakhir anak-anak aku kat taska. Lepas ni dia orang akan bertukar ke taska baru pulak. Hishh..kecik2 dah tukar sekolah. Nak buat camner. Semua mak bapak mesti nak yang terbaik untuk anak-anaknya kan. Sebagai tanda terima kasih atas jagaan mereka selama ni aku buatkan mereka kek dan apam. Nanti blh la makan ramai-ramai. Kek ni pun deco simple2 ajer..Maklumla last minute punya plan..
Kek Hantaran Moist Choc Cake
on |
0
comments
Ni la rupanya kek hantaran untuk pengantin perempuan. Nyam..nyamm...ada strawberry lagi. Nak siapkan kek ni ada cerita disebaliknya. Pengantin lelaki sendiri pon tak tahu cerita ni..Kalau dia baca entry ni baru ar dia tahu. Majlis raya ke 3. Nak dijadikan cerita, raya ke 2 mlm yg sepatutnya aku sibuk baking kek ni, aku anak-beranak terlena keletihan. Sedar-sedar 6 pg..Nak pergi ke rmh pengantin perempuan pukul 11. Paling kurang kul 10 dah nak kena bertolak takut jem kat jalan tu. Alamak..camner la leh tido sampai tak sedar ni. Butter tak keluarkan lagi dr peti ais, choc ganache pon lum buat lagi, baju raya pon tak iron lagi..Adeh..Adeh..semput aku dibuatnya.. nasib baik cik abang cool tak panik cam aku ni..Hee..he...Sempat ke tak sempat ke kena buat gak..Tung tang tung tang kat dapur..pukul 10.30 tu siap gak akhirnya. Memang bionic woman la aku pagi tu. Hee..he...
Yang ni tambah cupcake kat tepi.
Muffin for Doorgift kahwin
on |
2
comments
Sebelah pihak lelaki pulak aku buatkan muffin. Lebih kurang 300 pcs semuanya..Ada Muffin Vanila Choc Chip, Muffin Pandan dan Muffin Orange.
Muffin Vanilla Choc Chip
Muffin Orange
Muffin Pandan la yg hijau2 tu..
Fancy Cookies & Lapis Slice untuk doorgift kahwin
on |
1 comments
Dah settle ngan biskut dan kek raya, oven aku still berasap lagi. Kali ni pulun buat doorgift kahwin untuk majlis perkahwinan abang ipar aku untuk belah perempuan dan jugak lelaki. Fuhh..memang marathon habis la nak siapkannya. Majlis sebelah pihak perempuan raya ke 3. Sebelah lelaki pulak raya ke 5. Untuk sebelah perempuan ada 2 jenis iaitu Almond Fancy Cookies 200 pcs dan Lapis slice 100 pcs..Cookies tu aku buat sendiri dari hujung rambut ke hujung kaki. Lapis slice tu buat setakat hujung kaki sampai buku lali jer..Tempek stiker ajer. Hee..hee...hee...
Biskut & Kek Raya.... Akhirnya
on |
0
comments
Layan gambar ajerla yer...dah tak larat nak tulis ni..
Biskut Raya
Biskut Raya
Si kecik ni la QC aku selama ini dan jugak tukang perabih..Haa..haaa..
Kek Raya
Kek Marble...Tinggal 4 jer..2 lagi dah diambik tuannya.
Moist Choc Cake
Moist Choc Cake
Black Forest Cake..Bukan aku buat. Ni present raya dari bos tempat aku kerja.
Kek Pandan Kelapa
Kek Marble lagik. Special sikit sb ada tabur ngan almond..
Tengah bersanding ramai-ramai sebelum dihantar kat tuan masing-masing.
Kek Raya
Kek Marble...Tinggal 4 jer..2 lagi dah diambik tuannya.
Moist Choc Cake
Moist Choc Cake
Black Forest Cake..Bukan aku buat. Ni present raya dari bos tempat aku kerja.
Kek Pandan Kelapa
Kek Marble lagik. Special sikit sb ada tabur ngan almond..
Tengah bersanding ramai-ramai sebelum dihantar kat tuan masing-masing.
Cupcake Penghujung Ramadhan
on |
0
comments
Order datang dari Yaya, UDM untuk surprisekan husbandnya dan dari seorang gadis bernama Hid untuk boyfriendnya di UMT. Hid request deliverkan ke rumah bfnya di Tok Jembal berhampiran ngan UMT. To both of you, sorry gambar tak berapa nak clear..Aduss..dah tak larat nak taip panjang-panjang ni, layan gambar jer la yer.
Cupcake for Hid
Biskut Raya Fasa Pertama...Selamat...
on |
0
comments
Alhamdulillah...Fasa pertama dah settle...Hilang lenguh-lenguh badan bila tengok biskut-biskut yang dah siap ni. Tinggal 1 lagi fasa terakhir..insyaallah esok akan settle kesemuanya..Tahun ni memang tak ambik order banyak sebab bimbang baby comel tu meragam. Tapi nasib baik dia ok ajer. Tak banyak kerenah. Boleh buat kerja dengan aman walaupun kadang-kadang si abang tu pulak yg banyak kerenahnya.
Walnut Choc Brownies Pulak....
on |
1 comments
Walnut Choc brownies kali ni diorder oleh Jue nun jauh dari Selangor...Jue cakap kat lain dah tak terima order. Erm..biasa ar time macam ni semer tokey2 kuih lain tgh pulun buat biskut raya :) Aku jer yg tengah terhegeh-hegeh ni.. Tapi jgn bimbang pulak, pada mereka yg dah order tu insyaallah semuanya akan dapat biskut masing-masing next week.
Dan secara rasminya juga aku dah tak terima order apa-apa lagi melainkan order untuk kek raya sahaja. Paling last boleh order ialah Selasa ni 15/9.
Buat Jue, selamat menikmati walnut choc brownies nie nanti. He..he..cam biasa la gambar dulu kuar br dpt makan.
Dan secara rasminya juga aku dah tak terima order apa-apa lagi melainkan order untuk kek raya sahaja. Paling last boleh order ialah Selasa ni 15/9.
Buat Jue, selamat menikmati walnut choc brownies nie nanti. He..he..cam biasa la gambar dulu kuar br dpt makan.
Choc Brownies
on |
0
comments
Order dlm Ramadhan kali ni dari Ayu. Sebelum ni Ayu pernah order cupcakes dan kali Ayu order pulak Choc brownies. Tq Ayu...
Subscribe to:
Posts (Atom)