Tart Telur dan Birthday Cupcakes

Nampaknya tart telur version baru D'Nanies kali ni mendapat sambutan hangat. Resepi Tart telur ni sebenarnya dah ditokok tambah sikit dari resepi sebelum ni dan hasilnya mmg marvellous! Belum sempat update entry utk tart telur terdahulu dah ada repeat order. Hee..hee..Tq to Kak Maiza yg order 50 biji utk 1st order dan 25 biji lg ari ni.


Tart telur 1st order.
Tak sempat ambik gambar kat rumah. Sempat snap kat ofis ajerla.


Birthday Cupcakes ni pulak order dari Zafirah, UMT special buat tunangnya.Zafirah request blue theme, letak alphabet candle dan dalam new cupcake box tu.





Yang ni pulak choc chip muffin untuk anak sedara ku Ikmal yg teringin nak makan. Sorry Ikmal baru hari ni Che Nanie sempat buatkan. Terhangus pulak tu sikit. Hangus pun hangusla, janji rasa sedap k!


Brownies Chowey Gowey

Customer pertama order brownies nie ialah Kak Chik untuk jamuan di ofisnya. Hmm..nampak pun dah sedap kan.






Order yg lepas

Sepanjang minggu lepas, dapat order dari customer yang dah biasa. Kira regular customer la. Terima kasih buat Kak Rozita (Tokey Rozita Homestay merangkap tokey kedai makan rozita dan jugak katering)yang order kuih belimbing sebanyak 70 pcs. Na, ofismate yg order tart telur dan jugak Yatie yg order kek gula hangus.


Kuih Belimbing...jugak antara kuih jualan harian.


Tart Telur


Kek Gula Hangus

Tiers

Cupcake / Dessert Tiers

4 Tiers
Setiap tier boleh digerakkan
Efisyen utk meja hidang yg limited spacenya
Pinggan porcelin, boleh ditanggalkan



Pisau Panjang

Panjang 12"
Sesuai untuk majlis potong kek
Boleh request siap hias ikut tema majlis


Moist Choc Cupcake with Strawberry

Cupcake special ni order dari Ikin nun jauh dari Johor khas buat birthday suami tersayang yg berada di Trg ni. Tak sure la pulak kenapa maybe datang berkursus kat sini kot. Ikin request cupcake dgn strawbery. Mmmm..memang ngam la ngan moist choc cupcake ni. Tq Ikin...






Moist Choc Cupcake & Ad Hoc Order lagi....

Order ni dari Fazrina and the geng dari UiTM Dungun. Dia org ni order utk presentation projek ETR (subjek Keusahawanan). Rupa-rupanya buat bisnes cupcake.. Bagus la tu..Nanti leh buat terus.Diaorang request logo Uitm. Nasib baik 4 bijik jer nak kena lukis..Kalau kesemuanya mahu tergeliat tangan aku ni. Hee..hee..For Fazrina and the geng, sorry sgt2 akak terlupa nak tulis nama Splendid Cupcakes kat atas cupcake tu. Sorry sgt. Nak tulis entry ni baru terperasan tak tulis nama tu. Dia orang request nak guna box yg ada hole tu. So next time kalau sesaper nak order leh jugak request box ni. Nampak kemas ajer kan. Cupcake 1 lagi tu ad hoc order dari Nadia. Mlm tu Nadia sms tanya ada buat kuih apa utk mlm tu. Dia nak order jgk..Hee..hee...pucuk di cita ulam mendatang. Tak sempat nak buat fast sale dah ada org booking. So untuk Nadia ada cupcake dan jugak apam. Apam dah selalu sgt tgk kan tak payah ambik la gmbar :)



Chowey Ghowey Brownies & Kek Marble

First time buat brownies ni. Mmm..memang sedap..Chewey sgt...Terasa coklatnya. Penggemar coklat pasti sukakannya. Kalau letak topping choc ganche mesti lagi sedap ni. Tapi yang ni buat plain ajer..Plain pon dah sodap...:) Brownies ni buat untuk jamuan hari raya kat Taska An Nasuha. Kek Marble ni pulak untuk Atie adik aku bawak balik ke Klinik Kesihatan Cheneh di Kemaman. Ada lagi 2 biji order dari Kakak kat kedai makan simpang Chendering tu (sori akak lupa nama laa) tp lupa nak snap gambar..




Chowey Ghowey Brownies


Kek Marble


Apam dan Vanilla Cupcakes

Masuk kali ni dah 2 kali Kak Na order apam. Mula-mula untuk jamuan kat rumahnya sebanyak 150 biji pada minggu lepas. Hari ni pulak untuk diberi kepada adik-beradiknya sebagai buah tangan sebanyak 200 biji packing dlm 8 bekas berasingan. Kak Na ni rupa-rupanya pembeli setia apam aku kat kedai makan yg aku hantar berhampiran rumahnya. Tq akak...



Cupcake vanilla kat bawah ni pulak dari Shariza untuk birthday adik perempuannya Nad.




Cheese cake for Hantaran & My 1st 3 tiers Wedding Cake

hanWiena memberi kepercayaan kepada aku untuk membuat 2 biji cheese cake untuk hantarannya dan juga kek kahwin 3 tingkat. Aku pada mulanya ragu2 jugak takut juga sebab x pernah buat. Yerla ni kek org nak kawin bknnya nak wak mkn2 sndri...Akhirnya dengan semangat nekad aku tempahan darinya.


Oreo Cheesecake
Topping dengan Choc ganache
1.2 kg

Blueberry Cheesecake
Topping ngan buttercream n blubeery filing
1.5 kg


My 1st tier wedding cake


Layer 1 - Walnut Choc Cake 3.5 kg
Layer 2 - Walnut Choc Cake 2.5 kg
Layer 3 - Walnut Carrot Cake with cream cheese layered 1.2 kg



1 st layer
Nampak kan bentuk bulat yg tak berapa nak bulat tu :) Next time kena improve lg nie.


2nd layer
Mula2 tu cuba buat rose tp x jadik. Last2 jadik bunga cam ni jer.


3rd layer
Letak gumpaste flower jer..Dah jenuh buat bunga yg x berapa nak menjadi tu.


Dah siap cucuk tiang


Pisau untuk majlis potong kek.
Lepas ni sesaper yg nak sewa untuk majlis kawin leh ar contact yer..

Baked Oreo Cheesecake

Cheesecake ni saja try buat untuk makan sendiri. Hubby tak berapa suka cheese. Last2 adik-adik aku jugak tukang perabihnya. Biasala.. Tak pernah buat pun cheesecake sebelum ni. Senang ajer rupanya tapi bahan-bahannya Ya Allah mahal sungguh la. Patutla kek-kek jenis ni mahal harganya.


Baked Oreo Cheesecake


Isi dalam dia...
Anda mungkin meminati ini juga